LAWATAN DELEGASI UNIVERSITY OF PUTHISASTRA KE PERPUSTAKAAN FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD lib
» BERITA » LAWATAN DELEGASI UNIVERSITY OF PUTHISASTRA KE PERPUSTAKAAN FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

LAWATAN DELEGASI UNIVERSITY OF PUTHISASTRA KE PERPUSTAKAAN FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

Oleh: Samsida Samsudin

7 April 2026, Serdang - Perpustakaan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan seramai 11 orang delegasi daripada University of Puthisastra, Kemboja pada 7 April 2026.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada Program Mobiliti Pelajar Antarabangsa yang dianjurkan oleh Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Tujuan utama lawatan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar kejururawatan antarabangsa mengenai kemudahan dan fasiliti pembelajaran yang disediakan oleh perpustakaan dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

Sepanjang lawatan, para delegasi telah diperkenalkan dengan pelbagai perkhidmatan perpustakaan termasuk koleksi bahan rujukan, sumber digital, ruang pembelajaran serta kemudahan sokongan akademik yang tersedia untuk pelajar.

Program ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan kerjasama antarabangsa serta meningkatkan perkongsian pengetahuan dalam bidang pendidikan kesihatan.

 
 

Tarikh Input: 24/04/2026 | Kemaskini: 24/04/2026 | amiruliqhmal

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 4745
-
X, (08:55:29pm-09:00:29pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]