Oleh: Nurfarhana Abdullah dan Amira Syakirah binti Mohd Nizam
Serdang, 6 Ogos 2025 – Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan seramai 16 delegasi yang terdiri daripada pelajar dan pegawai pengiring dari Lion Education, Yunnan, China.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada delegasi mengenai UPM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi terkemuka di Malaysia, di samping memperkenalkan pelbagai kemudahan dan persekitaran pembelajaran yang terdapat di kampus, khususnya di PSAS yang menjadi pusat rujukan utama dalam menyokong aktiviti penyelidikan dan kecemerlangan akademik pelajar.
Sepanjang lawatan, delegasi berpeluang meninjau kemudahan yang disediakan di PSAS, menghadiri sesi taklimat ringkas serta merasai sendiri suasana pembelajaran dan kehidupan kampus, khususnya pengalaman menimba ilmu di PSAS sebagai nadi penyelidikan dan kecemerlangan akademik UPM.
Lawatan ini diharapkan dapat membuka peluang kerjasama yang lebih luas dalam bidang pendidikan antara kedua-dua institusi, di samping mengeratkan hubungan persahabatan serta kerjasama akademik antara Malaysia dan China pada masa hadapan.
Tarikh Input: 14/10/2025 |
Kemaskini: 14/10/2025 | amiruliqhmal
PERKONGSIAN MEDIA