Oleh: Mohamad Asyraf Bin Mohammad Zain dan Afiq Akmal Ibrahim
Serdang, 18 Ogos 2025 – Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan seramai 35 pelajar mobiliti daripada ASEAN University Network (AUN) Summer Camp.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mobiliti mengenai pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PSAS. Selain itu, program ini turut berperanan memupuk budaya membaca serta menggalakkan penyelidikan dalam kalangan pelajar.
Lawatan ini turut disertai dengan sesi soal jawab interaktif yang memberi peluang kepada pelajar mendapatkan penerangan lanjut mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PSAS, serta peranan perpustakaan dalam menyokong pembelajaran dan penyelidikan di UPM.
Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuh semangat pelajar mobiliti untuk terus memanfaatkan kemudahan dan perkhidmatan PSAS, sekali gus menanam budaya membaca dan penyelidikan sebagai sebahagian daripada kehidupan akademik mereka.
Tarikh Input: 14/10/2025 |
Kemaskini: 14/10/2025 | amiruliqhmal
PERKONGSIAN MEDIA