Booth Pendaftaran Kelab Buku UPM Tarik Minat Warga Kampus | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Booth Pendaftaran Kelab Buku UPM Tarik Minat Warga Kampus

Booth Pendaftaran Kelab Buku UPM Tarik Minat Warga Kampus

Serdang, 20 Jun – Urusetia Kelab Buku Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan booth pendaftaran bagi Kelab Buku Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menarik minat warga kampus menyertai kelab tersebut. Program yang berlangsung di Foyer dan Bilik Termasa, Perpustakaan Sultan Abdul Samad itu diadakan dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
 
Booth pendaftaran ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar dan staf UPM yang berminat untuk menyertai pelbagai aktiviti berkaitan budaya membaca dan perkongsian ilmu. Antara objektif program ini adalah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan warga kampus serta memperkenalkan Kelab Buku UPM kepada umum.
 
Menurut wakil penganjur, program ini bukan sahaja bertujuan untuk menambah bilangan ahli kelab, malah sebagai platform untuk menggalakkan interaksi intelektual dalam kalangan ahli kelab melalui sesi diskusi buku, bengkel penulisan, dan aktiviti berkaitan literasi.
 
Kelab Buku UPM merancang untuk mengadakan lebih banyak aktiviti sepanjang tahun ini bagi memperkukuhkan budaya membaca di kampus dan menggalakkan warga UPM untuk bersama-sama menjayakan aspirasi universiti sebagai pusat kecemerlangan ilmu.
 

Tarikh Input: 07/07/2025 | Kemaskini: 07/07/2025 | amiruliqhmal

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 4745
-
W, (04:44:43am-04:49:43am, 24 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]