SOALAN LAZIM | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

WAKTU PERKHIDMATAN
1
Apakah waktu perkhidmatan perpustakaan?

Untuk mengetahui waktu perkhidmatan perpustakaan, sila klik di sini untuk butiran lanjut.


KEAHLIAN
2
Bagaimanakah cara kakitangan dan pelajar UPM untuk memohon keahlian perpustakaan?

  • Kakitangan dan pelajar UPM secara automatik adalah ahli perpustakaan.
  • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kaunter Sirkulasi di talian 03-9769 8635 pada waktu pejabat.
  • 3
    Adakah kakitangan UPM yang telah bersara boleh menggunakan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan?

    Ya. Kakitangan UPM yang telah bersara boleh menggunakan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan dengan memohon keahlian Pesara UPM. Tiada yuran keahlian dikenakan.

    4
    Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mahu terus menggunakan perpustakaan setelah tamat pengajian?

    Selepas tamat pengajian, anda boleh memohon keahlian sebagai Alumni UPM dengan yuran keahlian sebanyak RM100.00 setahun.

    5
    Adakah individu bukan pelajar atau kakitangan UPM boleh memohon keahlian Perpustakaan?

  • Individu bukan pelajar atau kakitangan UPM boleh memohon untuk menjadi ahli perpustakaan di Kaunter Sirkulasi pada waktu pejabat atau menggunakan borang permohonan keahlian secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan Keahlian Perpustakaan.
  • 6
    Adakah pelawat dibenarkan untuk berkunjung ke perpustakaan?

  • Ya. Pelawat dibenarkan untuk berkunjung ke perpustakaan secara individu atau berkumpulan.

  • PINJAMAN
    7
    Berapakah bilangan buku yang boleh saya pinjam pada satu masa?

    Kelayakan pinjaman adalah berbeza mengikut kategori pengguna. Sila klik di sini untuk butiran lanjut.

    8
    Bagaimanakah cara saya memperbaharui pinjaman buku?

    Buku yang dipinjam boleh diperbaharui secara dalam talian sebanyak 2 kali dan hendaklah dilakukan sehari sebelum tarikh tamat tempoh peminjaman.

    9
    Kenapa saya tidak berjaya memperbaharui pinjaman buku?

    Pembaharuan pinjaman tidak berjaya kerana:

  • Tempoh pinjaman telah tamat.
  • Buku tersebut telah ditempah oleh pengguna lain.
  • Rekod pengguna telah disekat.
  • Pengguna mempunyai denda.
  • Had maksimum pembaharuan secara dalam talian sebanyak 2 kali telah dipenuhi.
  • 10
    Kenapa saya tidak berjaya membuat tempahan buku?

    Tempahan buku anda tidak berjaya kerana:

  • Buku tersebut berstatus "Available" dalam Katalog Perpustakaan (KOHA WebOPAC).
  • Rekod pengguna telah disekat.
  • Pengguna mempunyai denda.
  • Pengguna telah mencapai had maksima kelayakan peminjaman.
  • 11
    Katalog Perpustakaan (KOHA WebOPAC) menunjukkan bahawa bahan terletak di Perpustakaan Cawangan. Bagaimana saya boleh mendapatkannya?

    Sila ke Perpustakaan Cawangan tersebut dan buat pinjaman di sana. Walau bagaimanapun, anda dibenarkan untuk memulangkan buku yang dipinjam itu di mana-mana perpustakaan.

    12
    Di manakah saya boleh memulangkan buku?

    Anda boleh memulangkan buku di Kaunter Sirkulasi atau di Kotak Pemulangan yang terletak di luar perpustakaan. Kotak Pemulangan ini juga boleh digunakan untuk memulangkan buku pada waktu perkhidmatan perpustakaan ditutup.  

    13
    Saya telah membuat pinjaman buku di Perpustakaan Utama. Bolehkah saya memulangkan buku di Perpustakaan Cawangan?

    Anda dibenarkan memulangkan buku di mana-mana perpustakaan samada Perpustakaan Utama atau cawangan.

    14
    Berapakah denda untuk pemulangan lewat?

    Denda lewat pulang akan dikenakan sebanyak RM0.20 sehari/buku.

    15
    Apakah yang saya patut lakukan sekiranya buku yang saya pinjam telah hilang / rosak?

  • Jika sesebuah bahan yang dipinjam telah hilang / rosak, laporkan segera ke Kaunter Sirkulasi.
  • Pengguna bertanggungjawab membayar atau menggantikan bahan yang hilang / rosak.
  • 16
    Bagaimanakah saya boleh menyemak denda?

    Anda boleh menyemaknya di patron pengguna Katalog Perpustakaan (WebOPAC).

    17
    Apa yang berlaku jika saya dikenakan denda?

    Jika anda mempunyai denda:

  • Akaun perpustakaan anda akan disekat. Akibatnya, anda tidak dapat membuat pinjaman, perbaharui pinjaman dan membuat tempahan.
  • Anda tidak dapat melengkapkan Borang Maklumat untuk Bergraduat (PU/S/BR04/GS-17).
  • 18
    Adakah perpustakaan boleh menghantar buku ke alamat rumah sekiranya pengguna merupakan Pelajar Jarak Jauh?

  • Ya. Perpustakaan ada menyediakan perkhidmatan ini kepada Pelajar Jarak Jauh. Sila klik di sini untuk butiran lanjut.

  • KEMUDAHAN
    19
    Adakah perpustakaan menyediakan bilik perbincangan atau bilik belajar berkumpulan dan siapakah yang layak menggunakannya?

  • Terdapat 10 buah bilik perbincangan disediakan kepada pelajar dan pensyarah UPM. Minimum 4 orang pengguna diperlukan untuk menempah bilik perbincangan. Sila klik di sini untuk butiran lanjut.
  • 20
    Berapa lama pengguna boleh menempah dan menggunakan bilik perbincangan setiap hari?

  • Pengguna boleh menempah dan menggunakan bilik untuk maksimum dua slot (dua jam setiap slot) atau hanya 4 jam untuk tempoh sehari. Pembaharuan tempahan bilik dibenarkan sekiranya tiada tempahan daripada pengguna lain.
  • 21
    Bagaimanakah saya boleh menempah bilik karel?

  • Perpustakaan menyediakan 44 buah bilik karel untuk staf akademik dan pelajar pascasiswazah. Permohonan untuk menggunakan bilik-bilik ini boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi, Aras 1, Blok A.
  • 22
    Apakah kemudahan perpustakaan untuk Orang Kurang Upaya (OKU)?

  • Kemudahan perpustakaan yang disediakan untuk OKU adalah seperti tempat letak kereta khas, laluan khas, Bilik Karel (Mesin Braille) dan tandas mesra OKU.
  • 23
    Adakah perpustakaan menyediakan perkhidmatan mencetak, membuat salinan foto dan mengimbas?

  • Ya. Perkhidmatan percetakan (hitam/putih dan berwarna), salinan foto dan imbasan boleh didapati di JomPrint@Lib di Aras Bawah, Blok A.
  • 24
    Bolehkah saya membuat pembayaran secara tunai untuk semua perkhidmatan berbayar dan denda?

  • Tidak boleh. Perpustakaan telah melaksanakan pembayaran tanpa tunai untuk semua perkhidmatan berbayar dan denda.
  • 25
    Adakah perpustakaan menyediakan pengecas untuk komputer riba atau telefon?

  • Perpustakaan tidak menyediakan pengecas untuk komputer riba atau telefon. Walaubagaimanapun, perpustakaan menyediakan soket kepada pengguna untuk mengecas komputer riba atau telefon.
  • 26
    Adakah terdapat kemudahan komputer di perpustakaan?

  • Perpustakaan ada menyediakan kemudahan komputer yang terletak di Bilik Rujukan Elektronik, Aras 1, Blok A bagi memudahkan pengguna mengakses pangkalan data dalam talian dan Internet.
  • 27
    Adakah Microsoft Office dan lain-lain perisian komputer tersedia pada komputer perpustakaan?

  • Komputer di perpustakaan hanya dipasang dengan perisian Microsoft Office. Untuk perisian-perisian yang lain, sila berhubung dengan Pusat Pembangunan Maklumat Komunikasi (iDEC) atau fakulti anda.
  • 28
    Adakah perpustakaan mempunyai WiFi?

  • Perpustakaan menyediakan Wi-Fi. Pengguna boleh menyambung ke rangkaian Hotspot@PUTRA menggunakan peranti mereka sendiri di dalam premis perpustakaan.
  • 29
    Adakah komputer riba saya perlu didaftarkan terlebih dahulu untuk disambungkan ke rangkaian tanpa wayar perpustakaan?

  • Pengguna tidak perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan Wi-Fi semasa berada di Perpustakaan. Mereka hanya perlu memilih Wi-Fi Hotspot@PUTRA yang tersedia pada peranti untuk mendapatkan sambungan rangkaian tanpa wayar tersebut.
  • 30
    Di manakah kafeteria berhampiran perpustakaan?

  • He & She Coffee terletak bersebelahan dengan Anjung Siswazah, Aras Bawah, Blok B.
  • 31
    Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan sekiranya mempunyai masalah semasa menggunakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan?

  • Sila dapatkan bantuan dan khidmat nasihat daripada pegawai bertugas di Meja Penasihat Pengguna atau boleh juga terus berhubung dengan Pustakawan Penghubung Fakulti anda melalui telefon, emel, Whatsapp atau bersemuka.
  • 32
    Bagaimanakah sekiranya saya ingin menghantar sebarang komen atau cadangan?

  • Komen atau cadangan anda boleh disalurkan ke U-Respons UPM.

  • SUMBER RUJUKAN BERCETAK
    33
    Bagaimana cara untuk mencari jurnal bercetak dan dalam talian yang terdapat di perpustakaan?

  • Untuk jurnal bercetak, anda boleh melakukan pencarian melalui Katalog Perpustakaan (KOHA WebOPAC).
  • Untuk jurnal dalam talian, sila log masuk melalui Portal EZaccess menggunakan UPMID dan kata laluan anda.
  • 34
    Saya telah membuat pencarian buku menggunakan Katalog Perpustakaan (KOHA WebOPAC). Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya di perpustakaan?

  • Sila dapatkan maklumat nombor panggilan, lokasi dan status buku sebelum mendapatkannya di rak.
  • 35
    Bagaimanakah saya boleh mendapatkan senarai buku yang telah saya pinjam?

  • Anda boleh mendapatkan senarai buku yang telah dipinjam melalui akaun pengguna di Katalog Perpustakaan (KOHA WebOPAC).
  • 36
    Apakah yang dimaksudkan dengan nombor panggilan buku dan kegunaannya?

  • Nombor panggilan adalah nombor unik pada setiap buku.
  • Ia biasanya dicetak pada label yang ditampal pada tulang belakang buku untuk menunjukkan lokasi buku itu disusun di rak perpustakaan.
  • 37
    Apa yang perlu saya lakukan sekiranya buku yang dikehendaki tiada di rak?

  • Sila maklumkan kepada pegawai bertugas di Meja Penasihat Pengguna untuk mengambil tindakan lanjut.
  • 38
    Di manakah saya boleh mendapatkan buku-buku baharu di perpustakaan?

  • Buku-buku baharu di perpustakaan dipamerkan di lobi Aras 1, Blok A. Sila dapatkan bantuan pegawai bertugas di Meja Penasihat Pengguna.
  • 39
    Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya tiada masa untuk mendapatkan buku di rak?
    40
    Adakah perpustakaan menyimpan koleksi filem dan video?

  • Ya. Perpustakaan mempunyai koleksi filem dan video ilmiah yang ditempatkan di Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan.
  • 41
    Adakah perpustakaan mempunyai koleksi novel?

  • Ya. Perpustakaan mempunyai koleksi fiksyen dalam Bahasa Melayu dan Inggeris di dalam Bilik Bacaan Ringan, Aras 1, Blok A.
  • 42
    Adakah perpustakaan mempunyai buku teks?

  • Ya. Perpustakaan mempunyai koleksi buku teks yang dicadangkan oleh pensyarah / fakulti di Koleksi Khas, Aras 2, Blok B. Koleksi ini adalah untuk rujukan dalam perpustakaan sahaja.
  • 43
    Adakah perpustakaan mempunyai buku kanak-kanak?

  • Sebagai perpustakaan akademik, perpustakaan tidak mempunyai koleksi buku kanak-kanak. Sebaliknya perpustakaan lebih memberi tumpuan kepada buku-buku akademik untuk menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di universiti.
  • 44
    Adakah perpustakaan menerima sumbangan buku?

  • Pihak Perpustakaan menerima sumbangan buku daripada individu atau organisasi.
  • Buku-buku tersebut boleh dihantar ke Perpustakaan, sama ada melalui pos atau secara serahan tangan. Untuk pertanyaan, sila hubungi lib@upm.edu.my

  • SUMBER RUJUKAN ELEKTRONIK
    45
    Pelayar apakah yang perlu saya gunakan semasa mengakses pangkalan data perpustakaan?

  • Pengguna boleh menggunakan sebarang pelayar untuk mengakses laman web Perpustakaan dan pangkalan data dalam talian.
  • 46
    Mengapa saya tidak boleh mengakses pangkalan data dalam talian perpustakaan ketika berada di luar kampus?

  • Anda dikehendaki mengakses pangkalan data tersebut melalui laman web Perpustakaan. Kemudian skrol ke bawah dan klik pada ikon EZaccess yang terdapat di sebelah kanan. Sila log masuk menggunakan UPMID dan kata laluan anda.
  • 47
    Saya menerima mesej ralat semasa cuba mengakses pangkalan data dalam talian. Apa patut saya lakukan?

  • Sila hantar laporan beserta tangkap layar ke lib@upm.edu.my untuk bantuan.
  • 48
    Bagaimanakah saya boleh mencari eBooks?

  • eBooks boleh diakses melalui Portal EZaccess
  • 49
    Bagaimana cara mengakses Koleksi Tesis UPM?

  • Untuk tesis dan disertasi bercetak, sila rujuk kepada Katalog Perpustakaan (KOHA WebOPAC).
  • Untuk tesis dan disertasi dalam talian, sila layari Portal UPM eTheses melalui cara berikut:
  • Dalam dan Luar Kampus
  • Portal ini perlu diakses melalui EZaccess menggunakan UPMID dan kata laluan anda.   Nota:  Anda dikehendaki menggunakan pelayar Google Chrome dan Internet Explorer untuk melayari Portal UPM eTheses.

    50
    Bagaimana cara mengakses koleksi tesis di Malaysia?
    51
    Adakah perpustakaan mempunyai repositori institusi?

  • Ya. Perpustakaan mempunyai repositori institusi yang dikenali Universiti Putra Malaysia Institutional Repository (UPMIR). Ia merupakan arkib digital dalam talian yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan penyimpanan maklumat dan penyelidikan saintifik di Universiti Putra Malaysia.
  • 52
    Adakah perpustakaan melanggan Web of Science (WoS) dan bagaimana untuk mengaksesnya?

    Sebagai makluman UPM tidak melanggan Web of Science (WoS). Walau bagaimanapun warga UPM boleh mengakses WoS yang dilanggan oleh Pusat Sitasi dan Infometrik Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Untuk mengakses WoS pengguna perlu berada di premis KPT dialamat seperti berikut:  

  • Kementerian Pengajian Tinggi, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  •   Pengguna perlu menggunakan Wi-Fi pihak KPT dan melayari pautan https://www.webofscience.com/ untuk mengakses WoS.

    53
    Bagaimana untuk mengakses Datastream?

    Anda perlu log masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan yang boleh anda dapati daripada Pustakawan Penghubung, Puan Najah Mohd Ali (najah@upm.edu.my).


    PERKHIDMATAN PEMBEKALAN DOKUMEN
    54
    Bagaimanakah cara saya boleh mendapatkan buku atau artikel yang tiada di perpustakaan?

    Anda boleh menggunakan Perkhidmatan Pembekalan Dokumen.

    55
    Siapakah yang boleh menggunakan Perkhidmatan Pembekalan Dokumen ini?

    Staf dan pelajar UPM.

    56
    Apakah jenis bahan yang boleh dipinjam melalui Perkhidmatan Pembekalan Dokumen?

    Anda boleh memohon bab dalam buku, kertas persidangan, artikel jurnal dan juga buku. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada polisi perpustakaan yang memberi perkhidmatan ini.

    57
    Adakah dikenakan bayaran untuk Perkhidmatan Pembekalan Dokumen ini?

  • Perkhidmatan ini adalah percuma melainkan ia diperolehi daripada luar negara. Pemohon akan dimaklumkan terlebih dahulu samada bersetuju untuk membayar atau tidak.
  • 58
    Bagaimanakah saya mengetahui bahan yang dimohon telah diterima oleh perpustakaan?

    Anda akan dimaklumkan melalui e-mel apabila bahan yang dimohon untuk pinjaman telah sampai. Bahan salinan lembut akan dihantar melalui e-mel, manakala bagi bahan bercetak, anda dikehendaki mengambilnya di Kaunter Sirkulasi, Aras 1, Blok A.


    PERKHIDMATAN PENELITIAN MAKLUMAT
    59
    Bagaimanakah saya boleh meminta bantuan untuk pencarian maklumat mengenai topik saya?

  • Perpustakaan menyediakan Perkhidmatan Penelitian Maklumat dan merupakan perkhidmatan berbayar yang dikendalikan oleh Bahagian Rujukan untuk membantu pengguna mendapatkan maklumat bagi tujuan penyelidikan, penulisan akademik, kertas kerja atau kerja kursus. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua warga UPM dan ahli luar.

  • PROGRAM PENDIDIKAN PENGGUNA
    60
    Bagaimanakah seorang pensyarah boleh memohon kelas literasi maklumat kepada pelajar mereka di perpustakaan?

    Pensyarah perlu berhubung dengan Pustakawan Penghubung Fakulti masing-masing untuk memohon sebarang kelas literasi maklumat di perpustakaan.

    61
    Siapakah yang boleh saya hubungi untuk membantu saya berkaitan sumber maklumat perpustakaan?

    Anda boleh menghubungi Pustakawan Penghubung Fakulti anda untuk mendapatkan bantuan, bimbingan dan tunjuk ajar pelbagai kemahiran sumber maklumat untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.

    62
    Bagaimana saya boleh mengetahui bengkel atau seminar yang ditawarkan oleh perpustakaan?

    Maklumat bengkel atau seminar yang ditawarkan oleh perpustakaan terdapat di laman web Perpustakaan. Sila klik di sini untuk butiran lanjut.


    TURNITIN
    63
    Adakah pelajar dibenarkan memiliki akaun Turnitin?

    Ya. Pelajar perlu mendapatkan Class ID dan Enrollment Key daripada pensyarah / penyelia masing-masing untuk tujuan pendaftaran.

    64
    Bagaimanakah pensyarah boleh mendaftar akaun Turnitin?

    Pensyarah perlu menghubungi Pustakawan Penghubung Fakulti masing-masing untuk pendaftaran akaun.

    65
    Sekiranya saya mempunyai masalah berkaitan Turnitin, kepada siapa saya perlu merujuk untuk mendapatkan bantuan?

    Sila hubungi Pustakawan Penghubung Fakulti anda untuk mendapatkan bantuan.

    Kemaskini:: 15/11/2023 [amiruliqhmal]

    PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    03-9769 8642
    03-9769 4747
    SXDTPAw~