Taklimat Pengadaptasian BS ISO Sebagai Petunjuk Prestasi Perpustakaan Akademik Bertaraf Dunia | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Taklimat Pengadaptasian BS ISO Sebagai Petunjuk Prestasi Perpustakaan Akademik Bertaraf Dunia

Taklimat Pengadaptasian BS ISO Sebagai Petunjuk Prestasi Perpustakaan Akademik Bertaraf Dunia

Oleh: Norfaezah Khomsan

 

Serdang, 26 April - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Taklimat Pengadaptasian BS ISO Sebagai Petunjuk Prestasi Perpustakaan Akademik Bertaraf Dunia secara dalam talian dengan dihadiri oleh staf Perpustakaan seramai 113 orang staf. Taklimat  ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan British International Standard (BS ISO) dan memahami petunjuk-petunjuk prestasi dalam Standard tersebut bagi pengadaptasiannya di PSAS.

Cik Halina Abu Seman@Talib, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (Perancangan dan Pembangunan) PSAS telah memberi pendedahan dan kepentingan BS ISO 11620:2023 dalam menetapkan petunjuk prestasi bagi kualiti perkhidmatan di perpustakaan untuk menjadi sebuah perpustakaan akademik yang bertaraf dunia. Inisiatif ini merupakan antara agenda perpustakaan akademik di Malaysia selaras usaha memperkasa perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengguna. Beliau turut menerangkan pengukuran menggunakan Balanced Scorecard (BSC) dalam merangka model pengukuran prestasi.

Sesi telah berlangsung selama 2jam dan akan disusuli dengan pelan tindakan bagi pemilihan penunjuk prestasi yang akan diadaptasikan di PSAS. Para peserta turut terlibat secara aktif dalam sesi soal jawab di penghujung taklimat.

 

 

Cik Haslina Abu Seman@Talib menerangkan fungsi dan cara mengukur prestasi berdasarkan standard BS:ISO

 

Skop standard BS ISO 11620:2023

Tarikh Input: 07/05/2024 | Kemaskini: 07/05/2024 | j_mohdshahril

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
WXFTVAe~