Oleh: Azizah Zainal Abidin, Azwana Ab Rahman and Norfaezah Khomsan
17 September 2020 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bertindak mewakili pelajar dalam segala hal dan menyuarakan isi hati dan pandangan pelajar kepada sesebuah Institusi Pengajian Tinggi. MPP juga bertanggung-jawab dalam membantu melahirkan pelajar yang cermerlang dalam aspek kemahiran akademik, sukan dan sebagainya.
Justeru, satu lawatan kunjung telah diadakan oleh pihak MPP ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) bagi mengadakan sesi ramah mesra dalam membincangkan isu-isu terkini pelajar dan perancangan kerjasama antara MPP dan pihak PSAS. Pada sesi ini beberapa percambahan idea dan cadangan penambahbaikan telah diutarakan. Diharap melalui lawatan ini telah dapat mengukuhkan jalinan kerjasama antara pihak MPP dan PSAS dalam usaha menjadikan UPM sebuah universiti bereputasi antarabangsa.
Sesi perbincangan oleh pustakawan PSAS |
Sesi lawatan ke Blok B, PSAS |
Tarikh Input: 29/09/2020 | Kemaskini: 29/09/2020 | syafini
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.