Oleh: Norfaezah Khomsan, Azwana Ab Rahman dan Azizah Zainal Abidin
Serdang, 26 Februari - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Kursus Persediaan Juruaudit EKSA PSAS secara dalam talian dengan penglibatan seramai 15 orang staf yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Audit dan Ahli Jawatankuasa Keselamatan EKSA PSAS. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan membimbing peserta menjadi juruaudit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di PSAS.
Semasa sesi ini, Puan Azwana Ab Rahman, Ketua Bahagian Sumber Pertanian Malaysia yang juga merupakan Fasilitator EKSA UPM telah dijemput sebagai penceramah. Beliau yang berpengalaman meneraju Amalan 5S di PSAS telah banyak berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan peralihan dari Amalan 5S kepada EKSA. Sepanjang 3 jam program berlangsung, peserta telah didedahkan dengan kriteria penilaian, pelaksanaan audit, peranan dan etika sebagai juruaudit. Kefahaman peserta sepanjang kursus juga telah dinilai melalui kuiz secara dalam talian menggunakan aplikasi Quizziz. Juruaudit juga sentiasa diingatkan untuk sentiasa melaksanakan proses audit berdasarkan bukti dan sentiasa membuat penilaian bagi tujuan penambahbaikan pelaksanaan EKSA di PSAS. Rakaman bagi sesi ini juga telah dimuatnaik di Google Drive Kursus@PSAS untuk capaian warga PSAS.
Kursus ini juga diharap dapat membantu peserta memastikan hasil kerja juruaudit EKSA dilaksanakan mengikut standard ditetapkan.
Puan Azwana Ab Rahman menerangkan proses audit dalam bagi EKSA
Perkongsian dan perbincangan kriteria penilaian EKSA berdasarkan Garis Panduan UPM
Peserta diberikan soalan kuiz secara dalam talian bagi menguji kefahaman sepanjang kursus berlangsung
Gambar berkumpulan peserta yang hadir secara dalam talian
Tarikh Input: 25/03/2021 | Kemaskini: 25/03/2021 | khairul_zul
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.