IRIS INSTITUTE KUKUHKAN PENGURUSAN PENGETAHUAN MELALUI SESI LAWATAN KE PSAS | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » IRIS INSTITUTE KUKUHKAN PENGURUSAN PENGETAHUAN MELALUI SESI LAWATAN KE PSAS

IRIS INSTITUTE KUKUHKAN PENGURUSAN PENGETAHUAN MELALUI SESI LAWATAN KE PSAS

Oleh : Norfaezah Khomsan

 

Serdang, 22 Mei - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) menerima 3 orang pegawai melalui sesi lawatan kerja dari IRIS Institute (Interdisciplinary Research & International Strategy Institute). 

Pelawat diketuai oleh Encik Wafiq Azman dan pegawai dari Knowledge Management Center IRIS Institute. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan pilihan sistem bagi mengurus pengetahuan dan penerbitan di IRIS Institute. Ketua Bahagian Korporat dan Latihan Staf, Puan Nur Azleen Hasan mengalu-alukan kehadiran pelawat dan menyampaikan taklimat ringkas mengenai PSAS. Manakala perkongsian berkaitan ketersediaan sistem dan portal terkini telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat, Encik Muizzudin Kaspol. Perbincangan dua hala telah berlangsung selama tiga jam dengan pelbagai dapatan menarik berkaitan sistem KOHA, EPrints dan OpenKM.

 

Perkongsian dan perbincangan dua hala berkaitan sistem pengurusan bahan Perpustakaan

 

Perkongsian dan perbincangan dua hala berkaitan sistem pengurusan bahan Perpustakaan

 

Sesi pertukaran cenderahati IRIS Institute dan Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Tarikh Input: 31/05/2023 | Kemaskini: 31/05/2023 | j_mohdshahril

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEeKAL~