Maklumat Program | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» PENDIDIKAN PENGGUNA » PROGRAM LITERASI MAKLUMAT » Maklumat Program

Maklumat Program

Program Literasi Maklumat merupakan program tunjuk ajar untuk membantu pelajar dan pegawai UPM menggunakan kemudahan, perkhidmatan dan sumber maklumat yang disediakan Perpustakaan dengan lebih cekap dan berkesan.

 

Terdapat tiga Program Literasi Maklumat seperti berikut:

 

  1. Sesi Pengenalan Perpustakaan
    • Pelajar Pascasiswazah Baharu
    • Pelajar Prasiswazah Baharu

 

  1. Kelas Berjadual
  • Kelas Selasa
  • Program E-Resources Awareness: Your FYP Preparation
  • Kelas Kemahiran Maklumat (Bacelor/Diploma/Asasi)
  • Latihan Pangkalan Data Langganan oleh Pembekal

 

  1. Kelas Permohonan
    • Minimum 5 orang/kumpulan – kelas secara fizikal
    • Minimum 3 orang/kumpulan – kelas dalam talian

 

Permohonan boleh dibuat menggunakan borang dibawah :

Borang Permohonan Program Literasi Maklumat

 

Modul dan tujuan pembelajaran Program Literasi Maklumat adalah seperti berikut:

  1. Pengenalan Perpustakaan
  • Mengetahui pelbagai jenis koleksi, perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi memenuhi keperluan maklumat

 

  1. Katalog Atas Talian (KOHA WebOPAC)
    • Mempelajari kaedah pencarian bahan maklumat secara bercetak dan elektronik
    • Mempelajari cara menyemak akaun pengguna
    • Mempelajari cara membuat tempahan dan pembaharuan bahan secara dalam talian

 

  1. Strategi Pencarian Maklumat
    • Mempelajari kaedah pencarian bahan secara sistematik
    • Mengenal pasti pelbagai sumber maklumat yang disediakan oleh Perpustakaan
    • Menilai maklumat dan sumber maklumat secara kritis

 

 

  1. Pangkalan Data Langganan
    • Mempelajari kemahiran pencarian maklumat menggunakan pangkalan data dalam talian yang dilanggan oleh UPM.

 

  1. Mendeley : Basic
    • Mempelajari penggunaan aplikasi Mendeley bagi mengurus petikan dan bahan rujukan

 

  1. Turnitin (Pensyarah & Pelajar)
  • Mempelajari penggunaan Turnitin bagi menyemak keaslian dokumen pengguna
  • Mengelakkan plagiarisme di kalangan warga UPM

 

  1. Citation Indexed Journal
    • Mempelajari kaedah menyemak status pengindeksan jurnal di pangkalan data bibliografi seperti Scopus, Journal Citation Reports (JCR) dan Excellence in Research for Australia (ERA)
    • Mengetahui maklumat kedudukan dan metrik jurnal
    • Mempelajari Sistem journal finder bagi membantu mencari jurnal yang bersesuaian

Kemaskini:: 22/05/2023 [khairul_zul]

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDdFAB~