Rujukan | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» PERKHIDMATAN & KEMUDAHAN » Perkhidmatan » Rujukan

Rujukan

 

Perkhidmatan rujukan disediakan kepada pengguna perpustakaan bagi memenuhi keperluan maklumat dalam pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Ia menyediakan perkhidmatan yang merangkumi khidmat konsultasi mengenai koleksi perpustakaan, penggunaan bahan perpustakaan dan panduan mengenai pelbagai jenis maklumat yang boleh diperolehi dari pelbagai sumber. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan cara datang sendiri ke perpustakaan, melalui emel, telefon, whatsapp atau sosial media.

Perkhidmatan ini terbahagi kepada tiga kategori: 

  1. Meja Penasihat Pengguna
    Perkhidmatan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan dikendalikan oleh Penolong Pustakawan Bahagian Rujukan. Pengguna boleh mengajukan soalan pertanyaan terus di Meja Penasihat Pengguna.

  2. Pustakawan Penghubung Fakulti
    Pengguna perpustakaan boleh menghubungi Pustakawan Penghubung Fakulti di Bahagian Rujukan dan Pendidikan Pengguna, Perpustakaan Cawangan, serta Pustakawan Penyelidik di Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan bagi mendapatkan khidmat konsultasi dalam pencarian maklumat yang diperlukan.

  3. Online Chat
    Pengguna juga boleh berkomunikasi dengan Pustakawan atau Penolong Pustakawan melalui Ask a Librarian (https://tawk.to/psaschat) untuk pertanyaan segera mengenai perpustakaan dan keperluan maklumat mereka. Maklumbalas kepada pertanyaan akan diberikan mengikut waktu pejabat sahaja.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

 

Meja Penasihat Pengguna

Bahagian Rujukan,

Perpustakaan Sultan Abdul Samad,

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang,

Selangor Darul Ehsan

 

Kemaskini:: 27/03/2024 [amiruliqhmal]

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDcRAQ~