Sirkulasi | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» PERKHIDMATAN & KEMUDAHAN » Perkhidmatan » Sirkulasi

Sirkulasi


Semua kakitangan dan pelajar UPM secara automatik adalah ahli perpustakaan. Kakitangan baru, pelajar-pelajar Program Eksekutif dan Pembelajaran Jarak Jauh dikehendaki untuk mendaftar di Bahagian Perkhidmatan Pengguna.

Perkhidmatan Perkhidmatan Pengguna termasuk Pinjaman, Pembaharuan, Tempahan dan Keahlian

PERKHIDMATAN PINJAMAN

 1. Koleksi Am

Buku-buku daripada Koleksi Am boleh dipinjam melalui Kaunter Perkhidmatan Penggunaatau dengan menggunakan Mesin Pinjaman Layan diri. Peraturan peminjaman mengikut kategori pengguna adalah seperti berikut: -

 

 Staf UPM

 
Kelayakan/Tempoh Pinjaman

Pengurusan dan Professional

30 naskhah / 60 hari

Pensyarah

30 naskhah / 60 hari

Pensyarah Kontrak / Tutor / Felo Penyelidik / Profesor Pelawat (dengan surat Dibenarkan)

15 naskhah / 30 hari

Pensyarah sambilan, Pegawai Kontrak, Pembantu Penyelidik, Pegawai Latihan Industri

4 naskhah / 14 hari

Ahli Bersekutu, Jabatan Penasihat, Ahli Majlis

15 naskhah / 30 hari

Staf Sokongan


4 naskhah / 14 hari

Table 1
 
Pelajar UPM Kelayakan /Tempoh Pinjaman

Pelajar pasca-siswazah (Sarjana / PhD)


20 naskhah / 30 hari

Pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)


15 naskhah / 30 hari

Pelajar Perubatan & Klinikal (Sarjana Muda / Doktor)


10 naskhah / 30 hari

Pelajar Ijazah (Sarjana Muda)

10 naskhah / 14 hari
Pelajar Diploma / Program Yayasan 6 naskhah/ 14 hari

Pembelajaran Jarak (Pelajar Ijazah)


4 naskhah / 21 hari

Pelajar Bukan Ijazah (termasuk pelajar-pelajar latihan industri , siswazah dari luar negara)

4 naskhah / 14 hari

Kursus Khas (Kursus Jangka Pendek)


2 naskhah / 14 hari
Table 2

Ahli luar

Kelayakan Pinjaman
(Koleksi Am Sahaja)

Institusi persendirian / Korporat         
   2 naskhah / 14 hari
Institusi Kerajaan   
   2 naskhah/ 14 hari
Kakitangan kerajaan    2 naskhah / 14 hari
Alumni    2 naskhah/ 14 hari
Intitusi Pengajian Tinggi Awam    2 naskhah / 14 hari
Pegawai swasta    2 naskhah / 14 hari
Institusi Pengajian Tinggi Swasta    2 naskhah/ 14 hari
Ahli Keluarga Kakitangan UPM    2 naskhah/ 14 hari
Pesara UPM    4 naskhah / 14 hari

 Table 3
 
2. Koleksi Terbitan Bersiri
Semua Koleksi Terbitan Siri adalah untuk rujukan di Perpustakaan sahaja.

3. Bahan Rujukan

Semua bahan-bahan adalah untuk rujukan di Perpustakaan sahaja. Walau bagaimanapun atas dasar budi bicara, staf akademik boleh meminta untuk meminjam bahan-bahan rujukan yang tertentu dari Pustakawan di Bahagian Perkhidmatan Pengguna.

 4. Koleksi Buku Berbintik Merah

Pengguna boleh meminjam satu buku sahaja pada bila-bila masa selama 1 hari.

5. Bahan Audio-Visual

Semua bahan-bahan audio-visual digunakan di dalam Perpustakaan sahaja. Walaubagaimanapun atas dasar budi bicara, staf akademik boleh meminta untuk meminjam bahan-bahan di Kaunter Media & Arkib.

6. Tesis / Laporan Projek

Tesis / Laporan Projek boleh dipinjam selama 2 jam dan tidak dibenarkan untuk dibawa keluar dari perpustakaan. Fotokopi tidak dibenarkan melainkan jika kebenaran bertulis yang diberikan oleh penulis.

7. Bahan- bahan lain

Untuk meminjam bahan-bahan lain, sila hubungi Pustakawan di Bahagian Perkhidmatan Pengguna. Nombor telefon: - 03-97698629
 

PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN

Pembaharuan boleh dibuat jika bahan tidak ditempah atau dipinjam oleh pengguna yang lain.Pembaharuan boleh dilakukan secara atas talian  melalui KOHA WebOpac. Bahan hanya boleh diperbaharui sebanyak dua kali sahaja.

PERKHIDMATAN TEMPAHAN

Pengguna perpustakaan boleh menempah bahan yang telah dipinjam oleh pengguna lain. Setelah dipulangkan, bahan yang ditempah akan disimpan selama 7 hari sahaja, selepas itu ia akan diberikan kepada orang yang seterusnya dalam senarai tempahan atau dikembalikan ke rak.

KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

1.Ahli UPM

 

2. Ahli Luar

Individu yang bukan pelajar atau kakitangan UPM boleh memohon untuk menjadi ahli perpustakaan di Bahagian Kaunter Perkhidmatan Penggunapada waktu pejabat.

 

Kemaskini:: 04/03/2019 [syafini]

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8642
03 9769 4747
B1566351762