Perkhidmatan Perundingan Perpustakaan | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» PERKHIDMATAN & KEMUDAHAN » Perkhidmatan » Perkhidmatan Perundingan Perpustakaan

Perkhidmatan Perundingan Perpustakaan

PERKHIDMATAN PERUNDINGAN PERPUSTAKAAN

Perkhidmatan Perundingan Perpustakaan adalah perkhidmatan yang memberikan bantuan kepada kakitangan UPM secara temu janji individu atau berkumpulan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan mengikut masa anda.


APAKAH JENIS BANTUAN YANG DITAWARKAN OLEH PUSTAKAWAN?

  • Menyediakan maklumat mengenai perkhidmatan perpustakaan
  • Mengajar strategi pencarian maklumat
  • Membantu menggunakan sumber maklumat perpustakaan (katalog atau pangkalan data perpustakaan)
  • Membantu dan memberi panduan penggunaan Turnitin
  • Membantu dan memberi panduan penggunaan Mendeley
  • Membantu anda mengenal pasti jurnal impak tinggi dan
  • pelbagai maklumat yang lain diperlukan.

 

BILAKAH SAYA BOLEH MENJADUALKAN TEMUJANJI?

Anda boleh menjadualkan temujanji dengan Pustakawan Penghubung (Isnin, Rabu dan Khamis, antara 9 pagi hingga 12 tengah hari dan antara pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang), antara 30 hingga 60 minit untuk setiap sesi. Temujanji boleh dibuat sekurang-kurangnya beberapa hari lebih awal bagi tujuan persediaan.

 

BAGAIMANA UNTUK MENJADUALKAN TEMUJANJI?

Sangat mudah untuk menjadualkan temujanji! Klik jadual temu janji untuk menjadualkan temujanji. Bilangan peserta adalah terhad kepada 4 orang. Jika lebih daripada 4, anda dikehendaki mengisi Borang Permohonan Program Literasi Maklumat.


Borang Perundingan Perpustakaan boleh dicapai disini https://forms.gle/8fLtWFyEMrgJn1n36

Nota: Akses internet dan komputer diperlukan. Untuk maklumat lanjut atau jika anda memerlukan temu janji segera hubungi Pustakawan Penghubung atau Penyelaras Perundingan Perpustakaan melalui e-mel (baidah@upm.edu.my) atau telefon (03-9769 6947).

Kemaskini:: 13/08/2019 [syafini]

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8642
03 9769 4747
B1566350908