Perkhidmatan ini disediakan untuk pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) bagi memenuhi keperluan maklumat pembelajaran dan penyelidikan mereka.
JENIS PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN PINJAMAN BUKU
1. KELAYAKAN PINJAMAN BUKU
2. PINJAMAN MELALUI POS
Pelajar yang tinggal jauh dari kampus Serdang boleh membuat pinjaman melalui pos. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, sila hubungi Pustakawan PJJ dengan menyertakan butiran berikut:
Nota: Penghantaran buku adalah percuma. Walau bagaimanapun, kadar bayaran pos (pos laju) untuk pemulangan buku ditanggung oleh pelajar.
3. TEMPOH PEMULANGAN BUKU
4. DENDA
TEMPAHAN BUKU
Buku yang sedang dipinjam oleh pelajar lain boleh ditempah. Pelajar hanya perlu menyemak Katalog Perpustakaan (WebOPAC) untuk mengetahui jika buku tersebut telah dipulangkan. Pelajar boleh mengambil sendiri bahan atau hubungi Pustakawan PJJ untuk penghantaran melalui pos.
PEMBAHARUAN PINJAMAN
Pelajar boleh memperbaharui pinjaman secara atas talian atau menghubungi Pustakawan PJJ melalui e-mel, telefon atau surat sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh pemulangan. Pembaharuan pinjaman hanya boleh dilakukan sebanyak 2 kali sahaja. Sebarang masalah boleh menghubungi Pustakawan PJJ dengan menyediakan maklumat berikut:
Nama pemohon
No. matrik
Nombor kod palang kad matrik
Maklumat buku (nama pengarang, judul, nombor panggilan)
PERKHIDMATAN PENELITIAN MAKLUMAT
Perkhidmatan penelitian maklumat adalah untuk membantu pengguna mendapatkan maklumat dan bahan mengenai penulisan dalam bidang masing-masing terutamanya kepada mereka yang terlibat dalam penyelidikan.
KADAR BAYARAN
Bibliografi/abstrak |
RM 10.00 (1-20 rekod) RM 20.00 (21-50 rekod maksima) |
Teks penuh |
RM 30.00 (1-10 artikel) RM 50.00 (11-30 artikel maksima) |
Cetakan |
RM 0.10 / muka surat |
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi:
Najah Mohd Ali
Bahagian Rujukan,
Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Tel: 03-97698446 / Emel: psas_br@upm.edu.my
RUJUKAN KE PERPUSTAKAAN LAIN
Perpustakaan menyediakan surat pengesahan bagi pelajar yang ingin membuat rujukan ke perpustakaan lain selain daripada perpustakaan akademik (IPTA). Pelajar hanya boleh membuat rujukan sahaja. Surat pengesahan ini boleh dihantar melalui e-mel atau pos sekiranya pelajar tidak dapat mengambilnya sendiri. Pemohon perlu menghubungi Pustakawan PJJ dengan menyediakan butiran berikut:
Nama penuh
Program pengajian
Semester pengajian
Fakulti
Nombor matrik
Alamat surat-menyurat
No. kad pengenalan / No. pasport
Nota: Rujukan ke perpustakaan lain adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh perpustakaan yang dirujuk.
PERKHIDMATAN PEMBEKALAN DOKUMEN (PPD)
Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (PPD) adalah untuk membantu pelajar mendapatkan bahan yang tiada di dalam koleksi perpustakaan melalui kerjasama antara perpustakaan sama ada dari dalam mahupun luar negara. Permohonan boleh dibuat melalui EZAccess. https://ezaccess.upm.edu.my
PROGRAM LITERASI MAKLUMAT
Sesi Pengenalan Perpustakaan
Berjadual
Permohonan
KHIDMAT NASIHAT PENYELIDIKAN SECARA INDIVIDU
Khidmat nasihat penyelidikan secara individu adalah untuk membantu pelajar dalam strategi pencarian maklumat yang berkesan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Najah Mohd Ali
Bahagian Rujukan,
Perpustakaan Sultan Abdul Samad,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-97697945
E-mel: psas_pjj@upm.edu.my
Kemaskini:: 09/05/2022 [j_mohdshahril]
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.