Perkhidmatan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» PERKHIDMATAN & KEMUDAHAN » Perkhidmatan » Perkhidmatan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Perkhidmatan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Perkhidmatan ini disediakan untuk pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) bagi memenuhi keperluan maklumat pembelajaran dan penyelidikan mereka.

 

 JENIS PERKHIDMATAN

 

  1. Perkhidmatan Pinjaman Buku
  2. Tempahan Buku
  3. Pembaharuan Pinjaman Buku
  4. Perkhidmatan Penelitian Maklumat
  5. Rujukan ke Perpustakaan Lain
  6. Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (PPD)
  7. Program Literasi Maklumat
  8. Khidmat Nasihat Penyelidikan Secara Individu

 

PERKHIDMATAN PINJAMAN BUKU

1. KELAYAKAN PINJAMAN BUKU

 

  • Pelajar Prasiswazah dibenarkan meminjam 10 buah buku dari Koleksi Am selama 30 hari.

 

  • Pelajar Pasca Siswazah dibenarkan meminjam 20 buah buku dari Koleksi Am selama 30 hari.

 

  • Koleksi PJJ (Modul) boleh dipinjam mengikut kelayakan.

 

2. PINJAMAN MELALUI POS

 

Pelajar yang tinggal jauh dari kampus Serdang boleh membuat pinjaman melalui pos. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, sila hubungi Pustakawan PJJ dengan menyertakan butiran berikut:

 

  • Nama penuh pemohon, nombor matrik, emel, nombor telefon dan alamat surat-menyurat. (Pelajar tidak perlu menghantar kad matrik bersama-sama permohonan).

 

  • Maklumat buku: judul, nama pengarang, nombor panggilan. (Sila semak Katalog Perpustakaan (KOHA WebOPAC).

 

Nota: Penghantaran buku adalah percuma. Walau bagaimanapun, kadar bayaran pos (pos laju) untuk pemulangan buku ditanggung oleh pelajar.

 

3. TEMPOH PEMULANGAN BUKU

 

  • Buku hendaklah dipulangkan pada tarikh yang dicop di atas slip tarikh pemulangan. Pelajar perlu memulangkan buku dengan segera sekiranya buku tersebut dikehendaki oleh pihak Perpustakaan. Perpustakaan akan menghantar notis bagi pinjaman yang melewati tempoh tetapi tidak akan bertanggungjawab sekiranya notis tersebut tidak sampai kepada pengguna.

 

  • Bagi bahan yang dipulangkan melalui pos, pelajar dinasihatkan untuk memulangkan buku 3 hari lebih awal dari tarikh pemulangan.

 

4. DENDA

 

  • Pelajar yang lewat memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan akan dikenakan denda sebanyak RM0.20 sehari bagi setiap buah buku.

TEMPAHAN BUKU

Buku yang sedang dipinjam oleh pelajar lain boleh ditempah. Pelajar hanya perlu menyemak Katalog Perpustakaan (KOHA WebOPAC) untuk mengetahui jika buku tersebut telah dipulangkan. Pelajar boleh mengambil sendiri bahan atau hubungi Pustakawan PJJ untuk penghantaran melalui pos.

PEMBAHARUAN PINJAMAN

Pelajar boleh memperbaharui pinjaman secara dalam talian atau menghubungi Pustakawan PJJ melalui e-mel, telefon atau surat sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh pemulangan. Pembaharuan pinjaman hanya boleh dilakukan sebanyak 2 kali sahaja. Sebarang masalah boleh menhubungi Pustakawan PJJ dengan menyediakan maklumat berikut:

  • Nama pemohon

  • No. matrik

  • Maklumat buku (nama pengarang, judul, nombor panggilan)

PERKHIDMATAN PENELITIAN MAKLUMAT

Perkhidmatan Penelitian Maklumat merupakan perkhidmatan berbayar yang disediakan oleh Bahagian Rujukan dan Pendidikan Pengguna, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) untuk membantu pengguna perpustakaan mendapatkan maklumat bagi menjalankan projek penyelidikan, penulisan ilmiah, kertas kerja atau kerja kursus. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pelajar dan staf UPM termasuk ahli / pengguna luar UPM (persendirian / kakitangan kerajaan / kakitangan swasta).

Bahan yang diperolehi adalah daripada pelbagai sumber maklumat elektronik seperti pangkalan data dalam talian dan internet. Hasil penelitian adalah berbentuk teks penuh artikel jurnal, bab dalam buku, senarai rujukan dan abstrak.

KADAR BAYARAN

Teks penuh

RM 30.00 (1-10 artikel)

RM 50.00 (11-30 artikel maksima)

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi: 

Perkhidmatan Penelitian Maklumat
Bahagian Rujukan dan Pendidikan Pengguna
Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Tel: +603- 9769 8642 / Emel: psas_ppm@upm.edu.my

 

 

RUJUKAN KE PERPUSTAKAAN LAIN

  • Pelajar perlu pamerkan kad matrik jika ingin membuat rujukan ke perpustakaan lain.

  • Pelajar hanya boleh membuat rujukan sahaja.

Nota: Rujukan kepada perpustakaan lain adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh perpustakaan yang dirujuk.


PERKHIDMATAN PEMBEKALAN DOKUMEN (PPD)

Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (PPD) adalah untuk membantu pelajar mendapatkan bahan yang tiada di dalam koleksi perpustakaan melalui kerjasama antara perpustakaan sama ada dari dalam mahupun luar negara. Permohonan boleh dibuat melalui EZAccess. https://ezaccess.upm.edu.my

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi:

 

Perkhidmatan Pembekalan Dokumen
Bahagian Perkhidmatan Pengguna
Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Tel: +603- 9769 8635 / Emel: pap1@upm.edu.my

 

PROGRAM LITERASI MAKLUMAT

 

Sesi Pengenalan Perpustakaan

  • Program ini disediakan untuk pelajar baharu yang mendaftar di UPM. Program ini diadakan selama 2 - 3 minggu pada awal semester pertama setiap sesi pengambilan pelajar baharu. Kandungan program ini meliputi taklimat mengenai koleksi, perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan serta tunjuk ajar penggunaan Katalog Perpustakaan (KOHA WebOPAC).

Berjadual

  • Program ini juga dijalankan secara berterusan dan ditawarkan kepada semua pelajar UPM. Jadual program ini dipaparkan di laman web perpustakaan.
  • Kelas yang disediakan adalah: 

    • Kelas Selasa
    • Kelas Pembekal
    • Kelas Kemahiran Maklumat

Permohonan

    • Program ini terbuka kepada semua pelajar UPM sepanjang semester.
    • Jumlah minimum adalah 5 orang: kelas di Perpustakaan
    • Jumlah minimum adalah 3 orang: kelas secara dalam talian
    • Modul kelas ini meliputi topik-topik berikut:

      • Pengenalan Perpustakaan
      • Katalog Perpustakaan (KOHA WebOPAC)
      • Strategi Pencarian Maklumat
      • Pangkalan Data Langganan
      • Mendeley : Basic
      • Turnitin
      • Citation Index Journal (CIJ)
      • Lawatan Berpandu

 

KHIDMAT NASIHAT PENYELIDIKAN SECARA INDIVIDU

Khidmat nasihat penyelidikan secara individu adalah untuk membantu pelajar dalam strategi pencarian maklumat yang berkesan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Perkhidmatan PJJ
Bahagian Rujukan dan Pendidikan Pengguna
Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Universiti Putra Malaysia
Tel: +603-9769 7945 / Emel: najah@upm.edu.my

 

 

Kemaskini:: 11/05/2023 [j_mohdshahril]

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDdGA0~