Panduan Penggunaan Bilik Rujukan Elektronik | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» PERKHIDMATAN & KEMUDAHAN » Peraturan Am » Panduan Penggunaan Bilik Rujukan Elektronik

Panduan Penggunaan Bilik Rujukan Elektronik



1.Perkhidmatan dan kemudahan di Bilik Rujukan Elektronik (BRE) hanya untuk pelajar dan kakitangan UPM sahaja.

 2.Had masa akses Internet adalah dua jam sehari kepada setiap pengguna,di mana setiap penggunaan dihadkan selama satu jam sahaja.

 3.Penggunaan komputer internet diutamakan untuk tujuan penyelidikan.

 4.Pengguna boleh menghantar atau menerima e-mel.

 5.Pengguna dilarang melawat laman web berunsur lucah atau 'sensitive', perkhidmatan pesanan atau 'chat'.

 6.Hanya seorang pengguna sahaja dibenarkan mengguna setiap komputer pada satu-satu masa.

 7.Pihak PSAS menghormati hak 'privacy' setiap pengguna.Walau  bagaimanapun,pihak kami juga berhak untuk memantau penggunaan internet bagi memastikan semua peraturan dipatuhi.

 8.Pihak PSAS tidak bertanggungjawab kepada keselamatan pertukaran maklumat atau transaksi yang dibuat melalui internet.

 9.Pegawai PSAS akan membantu pengguna sekiranya diperlukan.

 10.Pengguna tidak dibenarkan mengubah/mengalih perkakasan komputer/perabot.

 11.Pengguna tidak boleh menggunakan program perisian mereka sendiri untuk mengelakkan virus.

 12.Akta Hak Cipta melarang sebarang penyalinan atau pengedaran bahan yang dilindungi oleh akta berkenaan.Segala tanggungjawab yang terbit dari penyalahgunaan Hakcipta atau sebarang penyalahgunaan adalah ditanggung oleh pengguna.

 13.Semua pengguna perlu menunjukkan kad matrik sewaktu mendaftar

 14.Pelanggaran atau ketidakpatuhan pengguna kepada peraturan-peraturan di atas / peraturan umum perpustakaan boleh menyebabkan pengguna dikenakan salah satu daripada tindakan-tindakan
berikut :

  • Digantung serta merta daripada mendapatkan semua kemudahan perkhidmatan di Bahagian Rujukan Elektronik
  • Digantung keahlian perpustakaan selama 4 minggu
  • Digantung keahlian perpustakaan selama 8  minggu untuk kesalahan kali ke 2
  • Digantung keahlian perpustakaan selama satu semster bagi kesalahan kali seterusnya
  • Denda tidak melebihi RM200.00
  • Memaklumkan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
WAKTU PERKHIDMATAN
HARI SEMESTER CUTI SEMESTER
Isnin - Jumaat 8.30pg-10.30mlm 8.30pg - 4.45ptg
Sabtu (minggu ke 2 dan 4) dan Ahad 8.30pg - 3.30ptg Tutup
Cuti Umum Tutup Tutup

Kemaskini:: 15/04/2016 [syafini]

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8642
03 9769 4747
B1566348770