Bilik Karel | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» PERKHIDMATAN & KEMUDAHAN » Peraturan Am » Bilik Karel

Bilik Karel



Kemudahan Bilik Karel adalah untuk kegunaan :-

  • Pegawai Akademik
  • Pelajar Ijazah Lanjutan

Polisi Penggunaan Bilik Karel

  • Makanan dan minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke dalam Bilik Karel
  • Penyalahgunaan bilik ini, mengakibatkan kemudahan penggunaannya ditarik
    balik.

Peraturan Penggunaa Bilik Karel

  1. Setiap bilik karel adalah untuk kegunaan seorang pengguna sahaja
  2. Kunci bilik hendaklah dipulangkan 5 minit sebelum waktu penggunaan tamat.
    Permohonan lanjutan tempoh dibenarkan sekiranya tiada tempahan oleh pengguna
    lain. (Denda RM10.00 akan dikenakan sekiranya menghilangkan kunci bilik)
  3. Sila padam lampu dan kunci pintu apabila selesai menggunakan bilik
  4. Hak penggunaan bilik karel akan dibatalkan jika anda meninggalkan premis
    Perpustakaan melebihi tempoh 1 jam
  5. Anda tidak dibenarkan menampal sebarang kertas atau notis di dinding / pintu
    bilik karel
  6. Anda tidak dibenarkan meninggalkan buku-buku / bahan perpustakaan / barang
    peribadi (seperti komputer riba) di dalam bilik karel
  7. Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan buku / barang
    yang ditinggalkan di dalam bilik karel
  8. Sebarang kerosakan pada kelengkapan bilik karel hendaklah dilaporkan kepada
    staf bertugas di Kaunter 1, Aras 1, Blok A
  9. Staf Perpustakaan berhak membuat pemeriksaan bilik-bilik karel dari masa ke
    semasa
  10. Semua Peraturan-peraturan Am Perpustakaan mesti dipatuhi. Jika pengguna
    didapati menyalahgunakan bilik karel atau tidak mematuhi mana –mana Peraturan di
    atas, kemudahan ini akan ditarik balik dan peraturan-peraturan yang berkaitan
    akan dikuatkuasakan

*Kesalahan pertama - Gantung keahlian selama 4 minggu

*Kesalahan kedua & berikutnya - Gantung keahlian selama 8 minggu

(Gantung keahlian – gantung kemudahan pinjaman bahan & penggunaan bilik karel)


Jadual Penggunaan Bilik Karel : Blok A

WAKTU PEMBUKAAN SEMESTER    
WAKTU CUTI SEMESTER

Isnin - Khamis

Isnin - Khamis

8.30am - 2.00pm

2.00pm - 7.00pm

7.00pm - 10.45pm

8.30 am - 2.00pm

2.00pm - 4.45pm

Jumaat Jumaat

8.30am - 12.00pm

2.45pm - 7.00pm

7.00pm - 10.45pm

8.30am - 12.00pm

2.45pm - 7.45pm

Sabtu dan Ahad Sabtu dan Ahad

8.30am - 12.00pm

12.00pm - 3.45pm

Tutup

 

Jadual Penggunaan Bilik Karel : Blok B

WAKTU PEMBUKAAN SEMESTER    
WAKTU CUTI SEMESTER

Isnin - Khamis

Isnin - Khamis

8.30am - 2.00pm

2.00pm - 7.00pm

7.00pm - 10.45pm

8.30 am - 2.00pm

2.00pm - 4.45pm

Jumaat Jumaat

8.30am - 12.00pm

2.45pm - 7.00pm

7.00pm - 10.45pm

8.30am - 12.00pm

2.45pm - 4.45pm

Sabtu dan Ahad Sabtu dan Ahad

8.30am - 12.00pm

12.00pm - 3.45pm


Kemaskini:: 22/07/2013 [syafini]

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8642
03 9769 4747
B1566350534