Panduan Penggunaan Bilik Rujukan Elektronik | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» PERKHIDMATAN & KEMUDAHAN » Peraturan » Panduan Penggunaan Bilik Rujukan Elektronik

Panduan Penggunaan Bilik Rujukan Elektronik

  1. Perkhidmatan dan kemudahan di Bilik Rujukan Elektronik (BRE) hanya untuk pelajar dan kakitangan UPM sahaja. Pelajar/Kakitangan perlu memasukkan ID (No. Matrik) dan Kata Laluan (No. Matrik) untuk menggunakan perkhidmatan komputer ini.
  2. Sekiranya pengguna mempunyai masalah semasa menggunakan komputer di BRE, pengguna boleh mengisi Borang Aduan Perkhidmatan BRE di pautan ini - https://forms.gle/v1mZ4wvwZ6bv5ynNA.
  3. Had masa akses Internet adalah sembilan (9) jam sehari kepada setiap pengguna. 
  4. Penggunaan komputer internet diutamakan untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan sahaja.
  5. Pengguna dilarang melawat laman web berunsur lucah dan sensitif.
  6. Hanya seorang pengguna sahaja dibenarkan mengguna setiap komputer pada satu-satu masa.
  7. Pihak PSAS menghormati hak peribadi setiap pengguna. Walau  bagaimanapun, pihak kami juga berhak untuk memantau penggunaan internet bagi memastikan semua peraturan dipatuhi.
  8. Pihak PSAS tidak bertanggungjawab kepada keselamatan pertukaran maklumat atau transaksi yang dibuat melalui internet.
  9. Sila berhubung dan dapatkan bantuan dengan Pegawai PSAS Kaunter Pinjaman sekiranya diperlukan.
  10. Pengguna tidak dibenarkan mengubah/mengalih perkakasan komputer/perabot.
  11. Pengguna tidak boleh menggunakan program perisian mereka sendiri untuk mengelakkan virus. Pengguna juga perlu memastikan peranti storan bebas dari virus.
  12. Akta Hak Cipta melarang sebarang penyalinan atau pengedaran bahan yang dilindungi oleh akta berkenaan.Segala tanggungjawab yang terbit dari penyalahgunaan Hakcipta atau sebarang penyalahgunaan adalah ditanggung oleh pengguna.
  13. Pelanggaran atau ketidakpatuhan pengguna kepada peraturan-peraturan di atas / peraturan umum perpustakaan boleh menyebabkan pengguna dikenakan salah satu daripada tindakan-tindakan
    berikut :
  • Digantung serta merta daripada mendapatkan semua kemudahan perkhidmatan di Bahagian Rujukan Elektronik
  • Digantung keahlian perpustakaan selama 4 minggu
  • Digantung keahlian perpustakaan selama 8  minggu untuk kesalahan kali ke 2
  • Digantung keahlian perpustakaan selama satu semster bagi kesalahan kali seterusnya
  • Denda tidak melebihi RM200.00
  • Memaklumkan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

 

WAKTU PERKHIDMATAN
HARI SEMESTER CUTI SEMESTER
Isnin - Jumaat 8.30 pagi - 10.30 malam 8.30 pagi - 5.00 petang
Sabtu (minggu ke 2 dan 4) dan Ahad 8.30 pagi - 3.30 petang Tutup
Cuti Umum Tutup Tutup

 

 

Kemaskini:: 10/11/2022 [muizzudin]

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 8642
03-9769 4747
WWDZXAS~