Panduan Jurnal/Penerbit Pemangsa dan Maklumat Berkaitan ini diharap dapat membantu pengguna untuk mengenal pasti jurnal/penerbit pemangsa. Senarai yang dinyatakan adalah berdasarkan kepada hasil carian di laman web dan tidak mewakili Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) atau mana-mana entiti atau organisasi. Ia adalah maklumat yang mungkin berguna kepada pengarang atau penyelidik untuk mencari jurnal yang sesuai untuk diterbitkan. Keputusan untuk menerbitkan artikel di jurnal yang dinyatakan adalah bergantung kepada pengarang atau penyelidik sendiri.
Definisi Jurnal Pemangsa
Sarjana dan penerbit terkemuka dari sepuluh negara telah secara bersama bersetuju definisi jurnal dan penerbit pemangsa adalah merujuk kepada entiti yang mengutamakan kepentingan peribadi berbanding keilmuan dan kesarjanaan. Jurnal dan penerbit pemangsa melengkapi kriteria maklumat yang salah serta meragukan, menyimpang daripada amalan penerbitan berkualiti, tiada ketelusan dalam keamalan penerbitan yang penyimpangan dari amalan editorial dan penerbitan terbaik, kurangnya ketelusan dalam amalan penerbitan serta menggunakan pendekatan agresif dan bersifat diskriminasi (Agnes Grudniewics, et. al, 2018)
Mengapa Penting untuk Mengenalpasti Jurnal Pemangsa dan Tidak Menerbitkan di dalamnya?
Penerbitan dalam jurnal berkualiti rendah boleh menjadikan penyelidikan anda lebih sukar dicari dan kurang berkemungkinan digunakan oleh orang lain. Oleh kerana jurnal pemangsa dianggap berkualiti rendah dan tidak boleh dipercayai, penyelidik dalam bidang anda berkemungkinan tidak akan merujuk jurnal tersebut atau membacanya sendiri. Terdapat banyak alat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti jurnal pemangsa. Scopus misalnya, dengan statusnya sebagai indeks terbesar di pasaran, banyak universiti mula mewajibkan para akademik dan pelajar mereka menerbitkan dalam jurnal yang dipaparkan dalam Scopus sebagai cara untuk mengiklankan prestij mereka sebagai universiti dan juga menarik perhatian pelajar baharu. dan pembiayaan penyelidikan.
Tips untuk Menentukan Sama ada Jurnal/Penerbit Pemangsa
Senarai Jurnal Pemangsa
Sumber Percuma dan Langganan yang mungkin Bermanfaat untuk Mengenalpasti Jurnal Pemangsa
Maklumat-Maklumat Lain Yang Berkaitan Dengan Jurnal Pemangsa
Panduan Perpustakaan Universiti Tempatan dan Antarabangsa Mengenai Jurnal Pemangsa
Kemaskini:: 17/11/2022 [j_mohdshahril]
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.