Kemudahan Pengguna Kurang Upaya (OKU) | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» PERKHIDMATAN & KEMUDAHAN » Kemudahan » Kemudahan Pengguna Kurang Upaya (OKU)

Kemudahan Pengguna Kurang Upaya (OKU)

Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) juga telah menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada golongan pelajar kelainan upaya (OKU). Antara kemudahan yang disediakan ialah:-

 

Tempat Letak Kereta Khas

Perpustakaan telah menyediakan 2 parkir kenderaan khas buat pengguna kurang upaya (OKU) untuk meletakkan kenderaan yang berhampiran dengan pintu masuk Perpustakaan.


Laluan Khas

Terdapat laluan untuk pengguna berkerusi roda untuk memasuki perpustakaan, melalui ramp dan jalan masuk melalui JomPrint. Pengguna boleh mendapatkan bantuan dan khidmat dari staf yang berkaitan untuk masuk ke perpustakaan.

  

 

Bilik Karel (Mesin Braille)

Terdapat bilik karel khas untuk digunakan oleh pengguna Orang Kurang Upaya (Penglihatan). Kemudahan mesin braille disediakan di dalam bilik ini. 

  

Tandas Mesra OKU

Tandas yang mudah diakases dan mesra OKU disediakan di Perpustakaan Utama.

Kemaskini:: 29/12/2021 [khairul_zul]

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 8642
03-9769 4747
WWDZWA~