SESI BERSAMA PENULIS : KUPASAN BUKU “ANAK AUTISME : TERAPI DAN SOKONGAN” | SULTAN ABDUL SAMAD LIBRARY
» NEWS » SESI BERSAMA PENULIS : KUPASAN BUKU “ANAK AUTISME : TERAPI DAN SOKONGAN”

SESI BERSAMA PENULIS : KUPASAN BUKU “ANAK AUTISME : TERAPI DAN SOKONGAN”

 

 

 

SESI BERSAMA PENULIS : KUPASAN BUKU “ANAK AUTISME : TERAPI DAN SOKONGAN”

 

SERDANG, 21 Ogos – Sesi Bersama Penulis yang mengupas buku bertajuk “Anak Autisme : Terapi dan Sokongan” yang ditulis oleh Sakinah Idris, Nor Azizah Nurdin dan  Muhammad Hibatullah Romli telah diadakan di Auditorium Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM). Dalam sesi perkongsian ilmu bersama Dr. Muhammad Hibatullah Romli,  salah seorang penulis buku ini yang berpengalaman dalam terapi carakerja komuniti, terutamanya untuk kanak-kanak berkeperluan khas, telah memperincikan penerangan dan panduan mengenai penjagaan anak autisme secara menyeluruh. 

Program anjuran PPSK dengan kerjasama Persatuan Keluarga Autisme UPM ini telah dihadiri seramai  42 orang dari dalam dan luar UPM dan majoriti peserta adalah mereka yang mempunyai anak autisme. Program ini merupakan salah satu inisiatif  dalam memperkasa budaya membaca di UPM dengan slogan “With Knowledge We Lead” di bawah Program Read@Uni melalui sesi perkongsian ilmu bersama penulis. Objektif Program adalah untuk menyahut aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha untuk melahirkan warga Universiti yang berbudaya membaca dan mencintai ilmu, dan seterusnya merealisasikan agenda kerajaan untuk  menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca 2030.

 

 

 

 

Photo : Pameran mengenai autisme di PPSK pada 21 Ogos 2019

Date of Input: 15/11/2019 | Updated: 15/11/2019 | syafini

MEDIA SHARING

SULTAN ABDUL SAMAD LIBRARY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8642
03 9769 4747
C1575844079