SERDANG, 29 Julai - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah terpilih sebagai lokasi untuk Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kumpulan Perpustakaan Perubatan (MLG) Bil. 2/2019. Mesyuarat kedua MLG bagi tahun 2019 ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan jalinan kerjasama dan komunikasi dalam kalangan perpustakaan perubatan di Malaysia. Kumpulan Perpustakaan Perubatan (MLG) merupakan salah satu ahli gabungan di bawah Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) yang akan bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun bagi membincangkan hal-hal berkaitan pembangunan dan perkhidmatan perpustakaan perubatan di Malaysia.
Mesyuarat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jugra 2, PSAS bermula jam 9.30 pagi sehingga 1.00 petang yang dipengerusikan oleh Puan Nor Hasyimah Mustapa dari Perpustakaan Dar al-Hikmah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Seramai 20 ahli MLG yang terdiri daripada pustakawan dari perpustakaan perubatan universiti awam dan swasta telah hadir pada mesyuarat dan sesi demo produk tersebut. Mesyuarat kali ini membincangkan dan melaporkan perancangan program dan aktiviti yang akan dianjurkan atau dilaksanakan oleh Jawatankuasa sepanjang tahun 2019 dan 2020. Untuk Sesi Demo Produk pula, pihak Access Dunia telah membuat pembentangan produk dan pakej yang ditawarkan oleh pembekal pangkalan data ini kepada institusi yang menganggotai MLG. Mesyuarat diakhiri dengan sesi taklimat mengenai aktiviti semasa PSAS dan lawatan ke sekitar Perpustakaan Sultan Abdul Samad.
![]() |
![]() |
Date of Input: 15/11/2019 | Updated: 15/11/2019 | syafini
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.