Massive Open Online Course (MOOC) Seminar For Library | SULTAN ABDUL SAMAD LIBRARY
» NEWS » Massive Open Online Course (MOOC) Seminar for Library

Massive Open Online Course (MOOC) Seminar for Library

SERDANG, 18 Jun 2020 - Pengenalan dan inisiatif Massive Open Online Course (MOOC) di UPM telah digerakkan sejak tahun 2014 di bawah jenama PutraMOOC. Inisiatif MOOC menawarkan kelebihan dari segi akses yang tidak terhad dan membolehkan pembelajaran yang lebih fleksibel.

Justeru itu, sebagai sokongan kepada pendekatan interaktif dan efektif MOOC, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) mengambil langkah untuk menganjurkan Seminar Massive Open Online Course (MOOC) Untuk Perpustakaan: Siri 1 dan 2 pada 15hb dan 17hb Jun 2020. Seminar ini bertujuan untuk mendedahkan Pustakawan dan Penolong Pustakawan tentang pembangunan aplikasi MOOC di UPM dan penghasilan modul bagi perkhidmatan perpustakaan yang bersesuaian. 

Siri 1 telah disampaikan secara interaktif oleh Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef, Timbalan Pengarah, Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Pusat Pembangunan Akademik (CADe) selama 2 jam. Beliau telah memberi penerangan yang terperinci mengenai Putra MOOC termasuk garis panduan dan kaedah pembangunan modul.

Manakala pada Siri 2 pula, Encik Mohd Afiq Rusly, Pustakawan dari Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat, PSAS telah berkongsi inisiatif PSAS dalam pembangunan modul terutamanya bagi modul Program Literasi Maklumat dan cara mengurus platform MOOC dengan berkesan.

Di akhir seminar, peserta diharap dapat memanfaatkan kebolehan MOOC bagi meningkatkan visibilti PSAS dan menonjolkan kepakaran kepustakawanan di peringkat global.

 

Date of Input: 23/06/2020 | Updated: 23/06/2020 | syafini

MEDIA SHARING

SULTAN ABDUL SAMAD LIBRARY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
013-385 5880
03-9769 4747
C1594735777