Kejohanan Tenpin Boling Semarakkan Semangat Kekitaan Warga PSAS | SULTAN ABDUL SAMAD LIBRARY 127
» NEWS » Kejohanan Tenpin Boling Semarakkan Semangat Kekitaan Warga PSAS

Kejohanan Tenpin Boling Semarakkan Semangat Kekitaan Warga PSAS

Oleh: Mohd Badrul Hisham Basro, Shamila Syed dan Abd Hakim Abdullah

BANGI, 1 Ogos – Kelab Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling Kelab PSAS 2026 yang berlangsung meriah di Ampang Superbowl, Bangi Gateway. Penganjuran kejohanan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat berpasukan serta menyemarakkan budaya kerja yang harmoni dalam kalangan warga PSAS melalui aktiviti riadah yang sihat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pustakawan, Cik Haslina Abu Seman@Talib, yang turut melakukan balingan simbolik sebagai gimik perasmian kejohanan.

Sebanyak sembilan (9) pasukan telah berentap dalam kategori berkumpulan dengan mempamerkan semangat kesukanan dan kerjasama yang tinggi. Pasukan Tak Dapat BDR muncul sebagai johan, diikuti Pin Hunters sebagai naib johan. Victory Line meraih tempat ketiga, manakala Supa Doba dan Underdog masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.

Bagi kategori individu, Encik Muhamad Hafizan Tajuddin telah dinobatkan sebagai Pemenang Jatuhan Pin Tertinggi Kategori Lelaki, manakala Puan Norafizah Radzuan muncul sebagai Pemenang Jatuhan Pin Tertinggi Kategori Perempuan hasil persembahan cemerlang sepanjang kejohanan.

Turut menerima pengiktirafan ialah Puan Rafidah Razali yang dinobatkan sebagai Peserta Paling Sporting atas semangat kesukanan, sikap positif dan kerjasama yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat, malah berjaya mengukuhkan semangat kekitaan, mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga PSAS. Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan sebagai acara tahunan bagi menyokong kesejahteraan warga perpustakaan.

 

Poster Rasmi Senarai Pasukan Kejohanan Tenpin Boling Kelab PSAS 2026

 

Sesi bergambar para peserta bersama Cik Haslina Abu Seman@Talib, Ketua Pustakawan UPM

Date of Input: 03/08/2026 | Updated: 04/08/2026 | amiruliqhmal

MEDIA SHARING

SULTAN ABDUL SAMAD LIBRARY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 4745
-
X, (12:36:56pm-12:41:56pm, 10 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]