Literature Search Service | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Literature Search Service

Perkhidmatan Penelitian Maklumat

Perkhidmatan Penelitian Maklumat merupakan perkhidmatan berbayar yang disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) untuk membantu pengguna perpustakaan mendapatkan maklumat bagi menjalankan projek penyelidikan, penulisan ilmiah, kertas kerja atau kerja kursus. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pelajar dan staf UPM termasuk ahli/ pengguna luar UPM (persendirian / kakitangan kerajaan / kakitangan swasta).

Maklumat yang diperolehi adalah daripada pelbagai sumber maklumat bercetak dan elektronik seperti Katalog Perpustakaan (OPAC), pangkalan data atas talian tempatan dan luar negara, sumber bercetak dan juga daripada internet. Hasil penelitian adalah berbentuk teks penuh artikel jurnal, bab dalam buku, senarai rujukan dan abstrak.


Kemaskini:: 14/03/2017 [syafini]

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDTOAB~