Universiti Pertanian Malaysia mula ditubuhkan pada tahun 1971 hasil dari gabungan Kolej Pertanian Malaya dan Fakulti Pertanian Universiti Malaya. Justeru itu Perpustakaan Kolej Pertanian Malaya telah menjadi Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia. Pada tahun 1997 Universiti Pertanian Malaysia telah ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan nama perpustakaan dikenali sebagai Perpustakaan Universiti Putra Malaysia. Pada 23 Mei 2002, nama perpustakaan telah ditukar kepada Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia yang telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia terdiri daripada dua blok bangunan berkembar yang mempunyai keluasan lantai kira-kira 19,007 meter persegi dan menyediakan tempat duduk untuk lebih 2,000 orang pengguna pada setaip satu masa. Bagi menampung peningkatan jumlah pengguna dan memenuhi keperluan maklumat fakulti, PSAS kini mempunyai empat (4) buah cawangan iaitu Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan, Perpustakaan Perubatan Veterinar, Perpustakaan Kejuruteraan & Senibina dan Perpustakaan Kampus Bintulu (Sarawak). Selain itu, PSAS juga menyediakan ruang khusus untuk pelajar pasca siswazah yang dikenali sebagai Anjung Siswazah terletak di Blok B, PSAS. Ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pembelajaran dan penyelidikan. PSAS sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepda penggunanya sejajar dengan peredaran teknologi maklumat dan keperluan semasa. Selain menyediakan bahan bercetak dan bahan media, PSAS juga menyediakan maklumat dalam format elektronik.
Pada masa ini PSAS memiliki koleksi melebihi 670,000 jilid bahan yang merangkumi bahan bercetak, bahan media dan bahan elektronik Perpustakaan juga telah melanggan tidak kurang daripada lapan puluh (80) pangkalan data dan lebih 80,000 judul jurnal elektronik denga teks penuh dalam pelbagai bidang yang boleh diakses dari dalam dan luar kampus melalui laman web PSAS (http://www.lib.upm.edu.my). Katalog perpustakaan PSAS juga boleh diakses melalui laman web ini.
OBJEKTIF
Menyediakan sumber, kemudahan dan perkhidmatan maklumat yang cemerlang bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan di UPM.
VISI
• Memenuhi keperluan maklumat Universiti dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan.
• Mengoptimumkan penggunaan pelbagai kemudahan dan sumber maklumat.
• Memperkukuh program pendidikan pelanggan ke arah pemebelajaran sepanjang hayat.
DASAR KUALITI
Kami, Staf Perpustakaan beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam perkhidmatan perpustakaan menerusi sistem pengurusan kualiti yang sentiasa dipertingkatkan untuk memenuhi ekspektasi pelanggan.
PIAGAM PELANGGAN
Kemaskini:: 26/06/2015 [syafini]
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.