Webinar Aplikasi Perisian Sumber Terbuka Di PSAS | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Webinar Aplikasi Perisian Sumber Terbuka di PSAS

Webinar Aplikasi Perisian Sumber Terbuka di PSAS

Oleh: Norfaezah Khomsan, Azwana Ab Rahman dan Azizah Zainal Abidin

Serdang, 22 Mac - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan  Webinar Aplikasi Perisian Sumber Terbuka di PSAS yang memfokuskan kepada pembangunan dan penggunaan perisian sumber terbuka di PSAS. 

Sesi yang dikendalikan secara dalam talian ini telah dihadiri oleh 79 orang peserta yang terdiri daripada pegawai perpustakaan dan pelajar yang sedang menjalani latihan insdutri di PSAS. Encik Muizzudin Kaspol, Ketua di Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat, PSAS selaku penceramah sesi ini telah memberi penerangan mengenai perisian sumber terbuka (open source software) yang digunakan di PSAS bagi pengurusan bahan digital. PSAS telah mula membangunkan repositori institusi mulai tahun 2008 dengan menggunakan pelbagai platform antaranya EPrints, DSpace, ResourceSpace, Omeka dan Koha. Kepelbagaian platform ini digunakan dalam pengurusan bahan maklumat mengikut kesesuaian bentuk bahan. Rakaman dan nota slaid bagi sesi ini juga telah dimuatnaik di Google Drive Kursus@PSAS untuk capaian warga PSAS.

Melalui perkongsian ini juga, peserta dapat memahami dengan lebih jelas proses pengurusan repositori digital yang diharap akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan dalam menyalurkan maklumat kepada pengguna.

Penerangan mengenai perisian sumber terbuka oleh Encik Muizzudin Kaspol, Ketua Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat, PSAS

 

Antara contoh sistem aplikasi yang digunakan di PSAS

 

Tarikh Input: 29/03/2021 | Kemaskini: 29/03/2021 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
CULeHA5:07:05