Tinjauan Perkhidmatan OKU Perpustakaan Sultan Abdul Samad Oleh YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Tinjauan Perkhidmatan OKU Perpustakaan Sultan Abdul Samad oleh YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi

Tinjauan Perkhidmatan OKU Perpustakaan Sultan Abdul Samad oleh YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi

Oleh: Norfaezah Khomsan, Mohd Dasuki Sahak, Azwana Ab Rahman dan Azizah Zainal Abidin

Serdang, 8 April - Keprihatinan Senator Datuk Ras Adiba Radzi dalam memastikan ketersediaan infrastruktur mahasiswa Orang Kurang Upaya (OKU) di institusi pendidikan awam dan swasta menjadi objektif utama lawatan beliau ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia dalam siri Jelajah Universiti.

Kunjungan beliau telah disambut oleh Ketua Pustakawan, Encik Muzaffar Shah Kassim dan pihak pengurusan PSAS. Beliau telah melawat dan menyaksikan demonstrasi penggunaan mesin braille di Bilik Perkhidmatan Braille yang terletak di Unit Media, Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan PSAS. Kemudahan ini disediakan bagi membantu pengajaran dan pembelajaran pelajar yang menghadapai masalah penglihatan. Pustakawan PSAS, Encik Mohd Afiq Rusly, dalam sesi demonstrasi telah membuat cetakan braille nukilan puisi yang ditulis oleh Datuk Ras Adiba dan semua tetamu berpeluang menghayati lantunan puisi ‘Kasih’ yang disampaikan secara spontan oleh beliau.

Sepanjang sesi lawatan, beliau turut menyatakan hasrat bagi menambah baik kemudahan OKU di UPM. Warga PSAS menzahirkan penghargaan di atas kunjungan YB Senator ke PSAS yang merupakan kunjungan kedua setelah menjadi tetamu pada Hari Terbuka PSAS tahun 1994.

Ketibaan YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi diiringi urus setia dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Arifin Abdu disambut oleh Ketua Pustakawan dan pihak pengurusan PSAS.

 

Sesi demonstrasi mesin braille oleh Pustakawan Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat, Encik Mohd Afiq Rusly.

 

Penyampaian cenderahati penghargaan daripada PSAS kepada YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

 

Gambar berkumpulan bersama YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi

Tarikh Input: 14/04/2021 | Kemaskini: 21/04/2021 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDdGAO~