Tazkirah Ramadan: Pengurusan Stres Menurut Perspektif Islam | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Tazkirah Ramadan: Pengurusan Stres Menurut Perspektif Islam

Tazkirah Ramadan: Pengurusan Stres Menurut Perspektif Islam

Oleh: Norfaezah Khomsan

 

Serdang, 14 April - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Tazkirah Ramadan: Pengurusan Stres Menurut Perspektif Islam secara dalam talian dengan dihadiri oleh 240 orang staf UPM. Tujuan program ini diadakan adalah untuk untuk mendapatkan pengetahuan bagi teknik pengurusan stres yang terbaik menurut ajaran Islam.

Ustaz Mohd Azubir bin Razali, Penolong Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah berkongsi teknik pengurusan stres menggunakan pendekatan terapi alam. Beliau telah menerapkan pemahaman kepentingan memelihara dan memulihara alam yang dapat membantu insan mengurus jiwa dengan baik. Antara intipati utama yang diterapkan ialah untuk setiap insan untuk menanam pokok samada besar atau kecil berdasarkan hadis: 

 

“Tidaklah seorang muslim menanam pohon, tidak pula menanam tanaman kemudian hasil tanaman tersebut dimakan oleh burung, manusia atau binatang melainkan (tanaman tersebut) menjadi sedekah baginya.” (HR. Imam Bukhari hadits no.2321)

 

Selain dapat mengurus stres dengan baik melalui aktiviti penanaman pokok, ia juga dapat memberi pahala kepada penanam sebagai saham di akhirat kelak, Insya-Allah.

Stres yang sederhana mampu memberi motivasi dalam perkembangan hidup seseorang tetapi stress yang berlebihan boleh membahayakan kesihatan. Program selama 2 jam ini juga terisi dengan sesi interaktif dan perbincangan bersama peserta.

 

Penceramah jemputan, Ustaz Mohd Azubir bin Razali menghuraikan hubungan stres dan ujian dari Allah S.W.T

 

Sesi kuiz interaktif bersama peserta

 

Perkongsian mengenai kepentingan memelihara alam dalam menangani stres

Tarikh Input: 08/05/2023 | Kemaskini: 08/05/2023 | j_mohdshahril

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDdNAA~