Oleh: Norfaezah Khomsan dan Hazlindah Basiron
Serdang, 7 Julai - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Taklimat Kriteria Penilaian EKSA secara dalam talian dengan dihadiri oleh 101 orang staf PSAS. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai kriteria penilaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) mengikut standard yang ditetapkan.
Puan Azwana Ab Rahman, Ketua Bahagian Sumber Pertanian Malaysia yang juga merupakan Fasilitator EKSA UPM telah memberi penerangan berpandukan Panduan Pelaksanaan EKSA UPM Edisi Kedua. Semasa sesi taklimat, peserta telah didedahkan dengan kepentingan pelaksanaan EKSA, Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja dan kriteria penilaian EKSA.
Taklimat telah berlangsung selama 2 jam dengan perbincangan secara dua hala berkaitan komponen A hingga F yang akan dinilai untuk PSAS. Para juruaudit EKSA PSAS juga telah diingatkan untuk melaksanakan penilaian mengikut kriteria dan etika yang ditetapkan. Rakaman bagi sesi ini juga telah dimuatnaik di Google Drive Kursus@PSAS untuk capaian warga PSAS.
|
![]() |
|
Puan Azwana Ab Rahman memberi penerangan ringkas berkaitan pembudayaan amalan EKSA di PSAS. | Perkongsian dan perbincangan mengenai komponen kriteria penilaian EKSA |
![]() |
![]() |
|
Sesi kuiz bagi menguji pemahaman peserta berdasarkan taklimat yang disampaikan |
Gambar berkumpulan peserta yang hadir secara dalam talian |
Tarikh Input: 25/07/2022 | Kemaskini: 25/07/2022 | khairul_zul
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.