Taklimat Kesedaran Dan Pembudayaan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PSAS | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Taklimat Kesedaran dan Pembudayaan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PSAS

Taklimat Kesedaran dan Pembudayaan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PSAS

Oleh: Norfaezah Khomsan, Azwana Ab Rahman dan Azizah Zainal Abidin

Serdang, 1 April - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Taklimat Kesedaran Dan Pembudayaan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PSAS dengan tujuan mewujudkan kesedaran dan membudayakan amalan EKSA secara konsisten di kalangan warga PSAS.

Sesi taklimat telah dimulakan dengan ucapan aluan dari Cik Haslina Abu Seman, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Perkhidmatan, merangkap Timbalan Wakil Pengurusan Peneraju Proses PSAS. Dalam ucapannya, beliau berharap agar warga PSAS akan dapat bekerjasama menjadikan amalan EKSA sebagai budaya dalam menjadikan ruang pejabat bersih dan selesa sekaligus menyumbang kepada perkhidmatan perpustakaan yang lebih baik. Sesi diteruskan dengan perkongsian dari Puan Shamriza Shari dari Pusat Jaminan Kualiti UPM selaku Penyelaras EKSA UPM. Beliau telah menyentuh pelbagai aspek berkaitan perancangan dan halatuju pelaksanaan EKSA di UPM. Antara skop penerangan beliau termasuk latar belakang EKSA UPM, kriteria penilaian EKSA, amalan terbaik dan hasil kreativiti / inovasi dalam pelaksanaan EKSA. Taklimat yang berlangsung selama 2 jam 30 minit ini telah banyak merungkai kekeliruan dan memberi panduan bagi kejayaan pelaksanaan EKSA di PSAS.

Sesi soal jawab dan perkongsian pandangan dari 94 peserta yang hadir telah dapat memberi kefahaman mengenai gerak kerja EKSA di PSAS. Puan Shamriza dalam taklimatnya juga menaruh keyakinan kepada PSAS dalam melaksanakan EKSA sebagaimana kejayaan yang pernah dilakar semasa Amalan 5S.

Rakaman bagi sesi ini juga telah dimuatnaik di Google Drive Kursus@PSAS untuk capaian warga PSAS.

 

Puan Shamriza Shari menerangkan skop Taklimat Kesedaran dan Pembudayan EKSA PSAS.

 

Antara inisiatif UPM dalam menggalakkan pelaksanaan EKSA di PTJ UPM. 

 

Sesi soal jawab dan perbincangan bersama penceramah

 

Gambar berkumpulan antara peserta yang hadir secara dalam talian

 

 

 

Tarikh Input: 09/04/2021 | Kemaskini: 09/04/2021 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
CULeIAt:08:13