Taklimat Dokumentasi Sejarah Lisan | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Taklimat Dokumentasi Sejarah Lisan

Taklimat Dokumentasi Sejarah Lisan

Oleh: Norfaezah Khomsan, Azwana Ab Rahman dan Azizah Zainal Abidin

Serdang, 17 Jun - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan sesi Taklimat Dokumentasi Sejarah Lisan secara dalam talian sebagai usaha untuk mengumpul, memelihara, menafsir suara dan ingatan orang perseorangan, masyarakat dan peserta dalam peristiwa lalu yang bernilai melalui pengisahan sejarah UPM.

Ketua Pustakawan, Encik Muzaffar Shah Kassim, dalam ucapan aluannya menzahirkan hasrat beliau agar aktiviti pengumpulan sejarah lisan khususnya bahan sejarah UPM dapat dilaksanakan secara sistematik. Pada sesi taklimat selama 2 jam ini, penceramah jemputan Encik Mohamad Rodzi Abd Razak, Pensyarah Program Sejarah dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia telah berkongsi pengalaman dan kepakaran mengenai teori dan teknik dalam menjalankan aktiviti sejarah lisan. Pelbagai idea, skop dan tajuk projek juga telah dapat dikongsikan melalui sesi ini. Seramai 76 orang peserta yang terdiri dari pegawai PSAS dan Pusat Perhubungan Alumni UPM telah didedahkan dengan teknik perancangan projek sejarah lisan secara berstruktur dan rapi. Penganjuran taklimat ini juga merupakan kesinambungan daripada sesi Forum Sejarah Lisan: Melestari Khazanah Ilmu UPM yang telah dianjurkan PSAS pada 11hb Mac 2021. 

Selaras dengan Sambutan Perayaan Jubli Emas UPM sempena 50 Tahun Penubuhan UPM, aktiviti sejarah lisan dilihat signifikan bagi mengumpul koleksi bahan sejarah penubuhan dan kecemerlangan UPM sebagai rujukan pada masa kini dan akan datang. Sesi ini juga direkodkan dan rakaman boleh ditonton melalui laman Facebook Perpustakaan Sultan Abdul Samad (https://www.facebook.com/117016221649064/videos/894246714462313).

 

Poster promosi Taklimat Dokumentasi Sejarah Lisan anjuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM Encik Muzaffar Shah Kasim, Ketua Pustakawan memberikan kata alu-aluan dan harapan beliau terhadap aktiviti sejarah lisan PSAS.

 

 

Perkongsian dari Encik Mohammad Rodzi mengenai teori dan teknik dalam menjalankan aktiviti sejarah lisan 

 

Tarikh Input: 22/06/2021 | Kemaskini: 22/06/2021 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
CULeJAj:09:07