Sesi Perkongsian Ilmu Siri 3/2021 | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Sesi Perkongsian Ilmu Siri 3/2021

Sesi Perkongsian Ilmu Siri 3/2021

Oleh: Norfaezah Khomsan, Nazibah Kamaruddin dan Azizah Zainal Abidin


Serdang, 24 Sep - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu Siri 3/2021 yang telah dihadiri oleh 93 orang peserta dari kalangan staf perpustakaan dan pelajar latihan industri PSAS.

Perkongsian dimulakan dengan pembentangan peserta “The 8th International Conference On Libraries, Information And Society (ICoLIS 2021)” iaitu Puan Noor Syafini Zamani, Y. M Raja Norazlinda Raja Azenam dan Puan Akiza Roswati Abdullah mewakili peserta selaku pembentang. Puan Akiza dalam pembentangan beliau telah membincangkan dapatan hasil menghadiri persidangan berkaitan kesan pandemic Covid-19 kepada perpustakaan dan beberapa pendekatan yang boleh diterima pakai oleh perpustakaan dalam memastikan perkhidmatan perpustakaan terus kekal relevan. Kehadiran pustakawan di persidangan seumpama ini membantu warga PSAS agar lebih cakna kepada cabaran dan trend terkini dalam bidang kepustakawanan.

Manakala, dua orang pelajar Diploma Pengurusan Perpustakaan, Fakulti Pengurusan Maklumat dari Universiti Teknologi Mara Cawangan Kedah, Kampus Merbok yang telah menamatkan sesi latihan industri iaitu saudara Muhammad Hafiz Bin Mohzal dan saudara Alex Kheong turut berkongsi pengalaman mereka. Pembentangan mereka bertajuk Kompetensi Penolong Pustakawan di Bahagian-Bahagian PSAS adalah hasil pengalaman mereka sepanjang mengikuti latihan industri di PSAS. Pelaksanaan latihan industri ini menggunakan kaedah dalam talian sepenuhnya bermula dari 16hb Ogos hingga 24hb September 2021. Tuan Haji Shaifol Yazam Mat, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (Perancangan dan Pembangunan) dalam ucapan penutupnya mengucapkan tahniah kepada para pembentang dan berharap sesi perkongsian ilmu terus diadakan sebagai salah satu kaedah menambah ilmu pengetahuan di kalangan warga PSAS.

 

   

Perkongsian peserta “The 8th International Conference on Libraries, Information And Society (ICoLIS 2021)”

   

Perkongsian dari pelajar Diploma Pengurusan Perpustakaan, Fakulti Pengurusan Maklumat dari
Universiti Teknologi Mara Cawangan Kedah, Kampus Merbok

       
  
Ucapan penutup dari Tuan Haji Shaifol Yazam Mat

 

Tarikh Input: 01/10/2021 | Kemaskini: 01/10/2021 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDdSAL~