Oleh: Norfaezah Khomsan, Nazibah Kamaruddin dan Azizah Zainal Abidin
Serdang, 24 Mac - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) dalam usaha menyemarakkan dan menggalakkan perpindahan pengetahuan telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu Siri 2/2021 dengan dihadiri oleh 100 orang peserta dari kalangan staf perpustakaan dan pelajar latihan industri dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau. Turut hadir penyelia kepada pelajar latihan Industri iaitu Dr. Haziah Sa'ari, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Rembau.
Sesi pembentangan dimulakan dengan Taklimat Pengenalan dan Demo Sistem Memori Korporat PSAS. Sistem Memori Korporat PSAS merupakan satu alternatif baharu bagi pengumpulan pengetahuan tacit di PSAS. Sesi diteruskan dengan pembentangan dari peserta Seminar Library and Information Professional (LibPRO) dan Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia 2021 (PTPM 2021). Penyertaan di seminar dan persidangan oleh warga PSAS ini telah dapat memberi pendedahan mengenai kajian dan trend terkini perkhidmatan perpustakaan terutamanya ketika era pandemik Covid-19.
Turut membentang hasil kajian mereka adalah tiga orang pelajar Sarjana Muda Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau yang telah menjalani sesi latihan industri di PSAS bermula dari 1hb Mac 2021 hingga 30hb Julai 2021. Pelaksanaan latihan industri telah dilaksanakan melalui kaedah dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Classroom.
Dr. Haziah Sa'ari, di dalam ucapannya menitipkan penghargaan kepada warga PSAS yang telah memberi bimbingan berkaitan pengurusan perpustakaan kepada pelajar latihan industri dan berharap hubungan baik antara Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM dan PSAS akan dapat diteruskan di masa akan datang. Sebagai wakil Pengurusan PSAS, Tuan Haji Shaifol Yazam Mat, Timbalan Pustakawan Kanan (Perancangan dan Pembangunan) di dalam ucapan penutup beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pembentang yang telah berkongsi pengetahuan baharu dan berharap ianya akan dapat memberi manfaat dalam meningkatkan mutu perkhidmatan PSAS.
Jadual penuh Sesi Perkongsian Ilmu Siri 2/2021 adalah seperti berikut:
Masa |
Tajuk dan Nama Pembentang |
9.30 - 10.00 pagi |
Taklimat Pengenalan dan Demo Sistem Memori Korporat PSAS Puan Azwana Ab Rahman Encik Mohd Afiq Rusly |
10.00 - 10.20 pagi |
Seminar Library and Information Professional (LibPRO) Puan Nur Azleen Hasan |
10.20 - 10.50 pagi: |
Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia 2021 (PTPM 2021) Puan Azana Abd Hadi Puan Nathuhain Ibrahim Encik Mohd Dasuki Sahak |
10.50 - 11.00 pagi |
Rehat |
11.00 - 11.20 pagi |
Laman Web Jurnal Predator oleh Cik Ainul Farhah Mohd Fahimey |
11.20 - 11.40 pagi |
Kajian Perbandingan Institutional Repositories oleh Cik Farah Hanisah Mohd Zin |
11.40 - 12.00 tengah hari |
Kertas Cadangan Penyelidikan: Tahap Penggunaan Sistem Pengurusan Rujukan dalam kalangan warga Fakulti Kejuruteraan, UPM oleh Cik Hurun Ain Zahrah Bakri |
![]() |
![]() |
||
Taklimat Pengenalan dan Demo Sistem Memori Korporat PSAS |
Perkongsian peserta pertandingan poster di Library and Information Professional Seminar (LibPRO) |
||
![]() |
![]() |
||
Perkongsian inovasi perkhidmatan rujukan perpustakaan dari peserta Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia 2021 (PTPM 2021) | Pembentangan mengikut topik kajian dari pelajar latihan industri, UiTM, Kampus Rembau |
Tarikh Input: 03/08/2021 | Kemaskini: 03/08/2021 | khairul_zul
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.