Sesi Perkongsian Ilmu Siri 2/2020 | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Sesi Perkongsian Ilmu Siri 2/2020

Sesi Perkongsian Ilmu Siri 2/2020

Serdang, June 29, 2020Sesi perkongsian ilmu bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan melalui perkongsian ilmu, kemahiran, pengalaman dan amalan terbaik antara ahli organisasi melalui sesi latihan luar yang telah dihadiri. Sesi selama dua jam ini dibuka kepada semua warga perpustakaan dan telah menarik lebih 60 orang peserta yang terdiri daripada staf Perpustakaan Sultan Abdul Samad termasuk cawangan di kampus Serdang dan Bintulu.

Justeru, pada siri kedua ini, antara perkongsian menarik ialah pembentangan dari peserta yang telah menghadiri AUNILO Seminar: Workshop On Library Portal Content Enrichment Through Open Educational Resources, Innovation And Design In Library And Information Science Competition 2019 (INDELIB), Simposium Kebangsaan Transformasi Pengurusan Bahan Rujukan Warisan Negara 2019 dan International Forum 2019 (Asia-Pacific Conference on Library & Information Education and Practice (A-LIEP) dan International Conference on Asia-Pacific Digital Libraries (ICADL). Pelbagai maklumat terkini berkaitan inovasi dan penyebaran jaringan ilmu dikongsikan oleh para pembentang.

Sesi juga turut diisi dengan pembentangan projek oleh Mohammad Zulfahmi bin Abdul Halim, pelajar latihan industri dari Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA, Rembau dengan tajuk Activities and Services of Academic Libraries during pandemic of Covid-19. Pada akhir majlis, Encik Muzaffar Shah Kasim, Ketua Pustakawan PSAS telah berbesar hati untuk meyampaikan cenderahati kepada Mohammad Zulfahmi bin Abdul Halim sebagai tanda selesai menjalani latihan industri di Perpustakaan Sultan Abdul Samad.

 

Tarikh Input: 08/07/2020 | Kemaskini: 08/07/2020 | syafini

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
CULeIA:08:13