Oleh: Norfaezah Khomsan
Serdang, 30 Januari - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) dalam usaha menyemarakkan dan menggalakkan perpindahan pengetahuan telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu Siri 1/2023: Pembentangan Pelajar Latihan Industri di PSAS dengan dihadiri oleh 94 orang peserta dari kalangan staf perpustakaan dan pelajar latihan industri PSAS.
Cik Amirah Zakiah Rosihidin, pelajar latihan industri Sarjana Muda Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM telah menjalankan latihan industri bermula pada 1 September 2022 hingga 31 Januari 2023. Beliau telah ditempatkan di bahagian-bahagian di PSAS dan penyediaan laporan akademik. Seterusnya, melalui sesi ini beliau telah membentangkan hasil kajian yang bertajuk Library Services & Facilities for People with Disabilities in Malaysian Research University Libraries. Sesi secara dalam talian ini telah mendedahkan pelbagai pendekatan inklusif yang boleh diambil hasil penandaarasan kajian yang telah dibuat kepada Universiti Penyelidikan (Research University) di Malaysia. Kesedaran dan penglibatan universiti terutamanya dalam menyedia pekhidmatan maklumat kepada pengguna Orang Kurang Upaya (OKU) dapat dikembangkan lagi.
Pihak pengurusan PSAS mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas komitmen dan sumbangan beliau sepanjang tempoh latihan industri. Semoga melalui program sebegini akan dapat mengukuhkan jalinan kerjasama antara UPM dan UiTM.
Perkongsian pengalaman menjalani latihan industri di PSAS
Membentangkan hasil kajian dan syor kepada peserta
Peserta Sesi Perkongsian Ilmu Siri 1/2023
Tarikh Input: 20/03/2023 | Kemaskini: 20/03/2023 | j_mohdshahril
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.