Sesi Perkongsian Ilmu Siri 1 (2021): Pembentangan Pelajar Latihan Industri Di PSAS | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Sesi Perkongsian Ilmu Siri 1 (2021): Pembentangan Pelajar Latihan Industri di PSAS

Sesi Perkongsian Ilmu Siri 1 (2021): Pembentangan Pelajar Latihan Industri di PSAS

Oleh: Norfaezah Khomsan, Azwana Ab Rahman dan Azizah Zainal Abidin

Serdang, 24 Mac - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) dalam usaha menyemarakkan dan menggalakkan perpindahan pengetahuan telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu Siri 1/2021: Pembentangan Pelajar Latihan Industri di PSAS dengan dihadiri oleh 93 orang peserta dari kalangan staf perpustakaan dan pelajar latihan industri PSAS.

Empat orang pelajar Diploma Pengurusan Perpustakaan, Fakulti Pengurusan Maklumat dari Universiti Teknologi Mara Cawangan Kedah, Kampus Merbok telah menamatkan sesi latihan industri di PSAS. Pelaksanaan latihan industri menggunakan kaedah dalam talian telah bermula dari 15hb Februari 2021 hingga 24hb Mac 2021. Justeru, satu sesi pembentangan diadakan mengikut topik kajian yang telah dijalankan sepanjang tempoh latihan industri tersebut. Berikut ialah tajuk dan nama pembentang bagi sesi ini:

Tajuk 

Pembentang

Pengalaman Latihan Industri Secara Maya di PSAS 

Cik Nur Najiha Amyra Binti Zamri

E-Resources di PSAS

Cik Ika Farah Hana Binti Mohammad Alwi

Perkhidmatan Perpustakaan Secara Maya Semasa PKP

Cik Khairunnisa Binti Mustapakama

Perkhidmatan Penyelidikan di PSAS

Cik Nur Wahidatul Azwa Binti Abdul Manaf


Rakaman dan nota bagi sesi perkongsian ini juga telah dimuatnaik di Google Drive Kursus@PSAS untuk capaian warga PSAS.
Sesi yang berlangsung selama 1jam 30minit ini dilihat dapat memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan kelangsungan perkhidmatan perpustakaan di dalam norma baharu.

Cik Nur Najiha Amyra Binti Zamri berkongsi pengalaman menjalani latihan industri secara maya di PSAS

 

Cik Ika Farah Hana Binti Mohammad Alwi membentangkan hasil kajian mengenai E-Resources di PSAS

 

Perkongsian dari Cik Khairunnisa Binti Mustapakama meneliti aktiviti dan perkhidmatan perpustakaan secara maya semasa PKP

 

Perkongsian hasil kajian mengenai perkhidmatan penyelidikan di PSAS oleh Cik Nur Wahidatul Azwa Binti Abdul Manaf

 

 

Tarikh Input: 30/03/2021 | Kemaskini: 01/04/2021 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEUIAO~