Serdang, 12 Jan – En. Mahbob Yusof selaku Ketua Pustakawan dan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baru dilantik berkuatkuasa pada 3 Januari 2023, berkesempatan untuk bersama-sama dengan wakil pengurusan Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (iDEC) untuk mendengar taklimat mengenai pengurusan iDEC dan membincangkan tentang peranan iDEC serta penetapan cadangan sasaran KPI CIO untuk tahun 2023. Sesi ini telah berlangsung pada Isnin, 9 Januari 2023 di PUTRA@Smart Classroom, iDEC Alpha.
![]() |
Sesi Pembentangan dari Pengarah iDEC (Ts. Mohd. Faizal Daud) |
Menerusi pertemuan ini, Ts. Mohd. Faizal Daud, Pengarah iDEC telah membentangkan tentang peranan iDEC di UPM, seterusnya diikuti dengan sesi penerangan berkenaan pengurusan Laman Web UPM dan PTJ oleh Ketua Bahagian Komunikasi Multimedia, iDEC (En. Mohd Shafree Ahmad) dan kemudiannya disusuli dengan pembentangan pencapaian KPI CIO 2022 dan penetapan sasaran KPI 2023 yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat, PSAS (En. Muizzudin Kaspol) dan diakhiri dengan pembentangan oleh Ketua Bahagian Infrastruktur ICT, iDEC (Ts. Shahril Iskandar Amir) yang menerangkan tentang situasi terkini Pusat Data UPM.
![]() |
Gambar Berkumpulan selepas Sesi Perjumpaan |
Turut hadir dalam sesi perjumpaan ini adalah barisan wakil pengurusan iDEC dan Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PSAS (Cik Haslina Abu Seman@Talib).
Tarikh Input: 13/01/2023 | Kemaskini: 13/01/2023 | khairul_zul
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.