Seminar Penulisan Dan Penerbitan Kertas Penyelidikan Berimpak Tinggi | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Seminar Penulisan Dan Penerbitan Kertas Penyelidikan Berimpak Tinggi

Seminar Penulisan Dan Penerbitan Kertas Penyelidikan Berimpak Tinggi

Oleh : Rafidah Razali

Serdang, 3 Mac 2020 - Perpustakaan Sultan Abdul Samad, (PSAS) dengan kolaborasi Emerald Group Publishing telah berjaya menganjurkan Seminar Penulisan Dan Penerbitan Kertas Penyelidikan Berimpak Tinggi.

 

Objektif seminar ini adalah bagi memperkenalkan bagaimana peserta dapat menerbitan penyelidikan mereka. Penceramah berkongsi tips kepada peserta yang pertama kali membuat kertas kerja dan mereka yang pernah kertas kerjanya ditolak atau kertas kerja yang perlu disemak semula.

Sesi pagi bengkel ini disampaikan oleh Dr. Hayrol Azril Mohammed Shaffril, Pegawai Penyelidik Sosial, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM). Topik yang beliau sampaikan adalah tips dan strategi penulisan dan penerbitan artikel jurnal, teknik penulisan artikel jurnal dan bagaimana untuk menerbit jurnal berimpak tinggi.

Seterusnya bengkel disampaikan oleh Encik Elvin Cheah, Pengurus Perniagaan dari Emerald Group Publishing. Beliau berkongsi tips untuk mendapat terbitan jurnal dan proses penerbitan dari sudut pandangan penerbit.

Bengkel ini telah diadakan di Auditorium, Bahagian Kaunseling, UPM dan dihadiri seramai 80 peserta termasuk pelajar, pensyarah, penyelidik dan staf UPM.

Tarikh Input: 09/03/2020 | Kemaskini: 09/03/2020 | muizzudin

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEUHAY~