Program Semarak Kuala Lumpur World Book Capital 2020 (KLWBC 2020) | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Program Semarak Kuala Lumpur World Book Capital 2020 (KLWBC 2020)

Program Semarak Kuala Lumpur World Book Capital 2020 (KLWBC 2020)

Serdang, 6 April - UNESCO telah mengiktiraf dan mengumumkan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 mulai 23 April 2020 sehingga 23 April 2021. Sehubungan itu, Jawatankuasa Kerja Kuala Lumpur World Book Capital 2020 (KLWBC 2020) peringkat Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM menyokong usaha ini dengan menganjurkan Program Semarak Kuala Lumpur World Book Capital 2020 (KLWBC 2020).

OBJEKTIF PROGRAM

  • Menyokong Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Dunia World Book Capital 2020 (KLWBC 2020) dengan melaksanakan program-program yang berkaitan.
  • Memberikan pendedahan kepada warga UPM mengenai KLWBC 2020.
  • Memupuk minat membaca di kalangan warga UPM.
  • Mencetuskan keterujaan dalam kalangan warga Universiti Putra Malaysia dalam menggunakan perkhidmatan perpustakaan secara digital.

 

PENGISIAN PROGRAM:

PERTANDINGAN

 

PROGRAM PADA 22 APRIL 2021 (KHAMIS)

Join Zoom Meeting: https://zoom.us/j/95290546835?pwd=cUJPd0p2YVpuT0xCVm53RDVkN3htUT09
Meeting ID: 952 9054 6835
Passcode: klwbcUPM

  • Kuiz Kahoot
  • Sesi Jom Baca 10 minit
  • Program Bicara Buku Bersama Penulis UPM - Klik untuk poster
  • Ucapan Ketua Pustakawan/Pengerusi Program Semarak KLWBC
  • Pengumuman Pemenang Pertandingan Sesi Fotografi

 

Dijemput Dr/tuan/puan untuk sama-sama mengimarah dan menyertai program yang dianjurkan ini. Bersama ini dilampirkan poster yang berkaitan untuk tindakan dan rujukan. Perhatian dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Tarikh Input: 06/04/2021 | Kemaskini: 06/04/2021 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXETPAX~