Oleh: Nur Fitry Zulaikha Ahmad Razei, Siti Zahiriah Rashid dan Muhammad Fariz Ibrahim
Serdang, 9 Mac - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Program Motivasi bertajuk Pengurusan Emosi & Kesihatan Mental Di Tempat Kerja secara dalam talian. Program ini memberi pendedahan kepada orang ramai khususnya pekerja mengenai tekanan, simptom-simptom tekanan dan impak tekanan terhadap diri, keluarga dan pekerjaan.
Profesor. Dr. Normala Ibrahim dari unit Psikiatri, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM merangkap Timbalan Pengarah Hospital Pengajar UPM (HPUPM) selaku penceramah jemputan telah berkongsi pelbagai informasi berkaitan cabaran yang dihadapi oleh majikan dan pekerja serta saranan tindakan yang efektif dalam usaha untuk mengekang isu kesihatan mental. Program yang berlangsung selama dua jam yang telah dihadiri oleh seramai 358 orang peserta ini telah diakhiri dengan pelbagai soalan daripada peserta mengenai kaedah untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan solusi situasi pekerja yang berdepan dengan konflik di tempat kerja.
Rakaman program juga boleh disaksikan semula melalui laman Facebook PSAS di pautan https://www.facebook.com/upmlib/videos/644905883258897
![]() |
![]() |
|
Penceramah jemputan, Prof. Dr. Normala Ibrahim menghuraikan kepentingan kesedaran penyakit mental di kalangan warga kerja | Perkongsian mengenai perubahan yang dapat dilihat apabila mengalami masalah tekanan emosi |
![]() |
![]() |
|
Perkongsian mengenai impak tekanan emosi |
Sesi bergambar setelah selesai perkongsian oleh Prof. Dr. Normala Ibrahim |
Tarikh Input: 23/03/2022 | Kemaskini: 23/03/2022 | khairul_zul
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.