Program Meet And Greet UPM Registered Students Recruitment Agents Di Perpustakaan Sultan Abdul Samad | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Program Meet and Greet UPM Registered Students Recruitment Agents di Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Program Meet and Greet UPM Registered Students Recruitment Agents di Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Oleh Azwana Ab. Rahman dan Mohd Dasuki Sahak

 

 

 

Serdang, 22 Jan - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menerima kunjungan daripada 80 orang wakil agen yang menyertai “Program Meet and Greet UPM Registered Students Recruitment Agents“ anjuran Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi UPM. PSAS merupakan salah satu destinasi lawatan bagi pihak agen mendapatkan taklimat ringkas mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan serta berpeluang mengadakan lawatan di PSAS. Melalui program ini, pihak agen dapat membantu Universiti Putra Malaysia untuk mempromosikan perkhidmatan yang ada di setiap PTJ, khususnya PSAS kepada bakal pelajar.

Tarikh Input: 31/01/2020 | Kemaskini: 31/01/2020 | muizzudin

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEXXAV~