Oleh: Norfaezah Khomsan, Azwana Ab Rahman dan Azizah Zainal Abidin
Serdang, 26 Januari - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Program Covid Talk: Kita Belum Menang yang bertujuan untuk memberi kefahaman dan memantapkan disiplin warga UPM sebagai langkah pencegahan mengekang penularan wabak Covid-19. Para peserta juga akan didedahkan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya dijangkiti Covid-19.
Program yang diadakan secara dalam talian ini telah menarik seramai 504 orang peserta bukan sahaja dari kalangan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) malahan juga masyarakat awam dan petugas kesihatan. Penceramah jemputan ialah Profesor Madya Dr Malina Osman dari Unit Parasitologi Perubatan, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM. Sepanjang program ini, banyak persoalan semasa di kalangan masyarakat mengenai kuarantin, penjagaan dan persepsi terhadap pesakit Covid-19 serta pengawalan wabak melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah berjaya dirungkaikan.
Program telah berlangsung selama 2 jam dan rakaman sesi ini boleh ditonton melalui Facebook PSAS di https://www.facebook.com/upmlib/videos/876633839768650.
![]() |
Dr. Malina Osman membincangkan pelbagai aspek berkaitan Covid-19 | |
![]() |
Perkongsian menarik dan menyeluruh berkaitan wabak Covid-19
|
|
![]() |
||
![]() |
Tarikh Input: 01/02/2021 | Kemaskini: 01/02/2021 | syafini
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.