Perpustakaan UPM Menangi Pingat Emas Di International Innovation And Design In Library And Information Science Competition (Indelib) 2019 | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Perpustakaan UPM Menangi Pingat Emas Di International Innovation And Design In Library And Information Science Competition (Indelib) 2019

Perpustakaan UPM Menangi Pingat Emas Di International Innovation And Design In Library And Information Science Competition (Indelib) 2019

16 OKT - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM telah berjaya memenangi Pingat Emas dalam Pertandingan “4th International Innovation and Design in Library and Information Competition 2019” (InDelib) menerusi Projek Inovasi “Sistem Pengurusan Kursus Berbayar”.

Pertandingan Inovasi yang bertemakan "Humanizing InDeLib in the 21st Century", dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA Negeri Kedah pada 14hb Oktober 2019 di Rainbow Paradise Hotel, Pulau Pinang telah disertai oleh lebih daripada 50 kumpulan dari perpustakaan dan pusat sumber sekolah seluruh Malaysia.

“Sistem Pengurusan Kursus Berbayar” yang merangkumi pengurusan dokumen kursus secara atas talian, aktiviti promosi melalui laman web dan proses pendaftaran peserta kursus secara atas talian dibangunkan bagi memudahkan pengurusan kursus berbayar ini yang dianjurkan oleh PSAS. Projek ini telah berjaya menepati kriteria penilaian Juri Pertandingan InDelib 2019 sebagai inovasi yang mampu memberi sumbangan penting kepada produk, proses atau perkhidmatan sedia ada yang berkaitan dengan perpustakaan dan sains maklumat.

Projek ini merupakan inovasi Kumpulan JanaLib yang dianggotai oleh Puan Azwana Ab Rahman (Ketua Kumpulan), Encik Mohd Dasuki Sahak, Cik Nurdiyana Mohd Kamal dan Cik Suzaini Mohamad Kasim. Terdahulu, projek ini telah memenangi tempat kedua Anugerah Inovasi Perkhidmatan (Kategori Pengurusan), Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM pada tahun 2018.

 

Photo 1 : Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB. Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dengan diiringi tetamu-tetamu jemputan menyampaikan hadiah kemenangan kepada Pasukan JanaLib.

 

Photo 2: Pasukan JanaLib di Booth Pertandingan; dari kiri Cik Suzaini Mohamad Kasim, Encik Mohd Dasuki Sahak, Cik Nurdiyana Mohd Kamal dan Puan Azwana Ab Rahman (Ketua Kumpulan).

Tarikh Input: 22/10/2019 | Kemaskini: 22/10/2019 | syafini

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXETLAk~