Oleh Azwana Ab. Rahman dan Mohd Dasuki Sahak
SERDANG, 30 September - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan dua bengkel pembangunan sistem terbuka iaitu Bengkel Sistem Perpustakaan Bersepadu KOHA pada 21hb hingga 22hb September 2020 dan Bengkel Sistem Repositori Institusi DSPace pada 23hb dan 24hb September yang lalu. Bengkel yang dikendali oleh pustakawan PSAS ini telah menarik minat seramai 20 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta di seluruh Negara.
Bengkel ini diadakan bagi memenuhi keperluan semasa pihak-pihak yang berkepentingan dalam perpustakaan dan pusat sumber untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi mengenai Sistem Perpustakaan Bersepadu Sistem KOHA dan Sistem Repositori Institusi DSPace. Selain itu, mereka juga berpeluang berinteraksi secara langsung dan berbincang dengan pustakawan UPM yang berpengalaman dalam melaksanakan Sistem KOHA dan DSPace.
![]() |
![]() |
![]() |
Peserta menerima Sijil Penyertaan |
Peserta sedang mengikuti latihan dalam suasana norma baharu |
Tarikh Input: 02/10/2020 | Kemaskini: 02/10/2020 | syafini
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.