Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) Mantapkan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) mantapkan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT)

Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) mantapkan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT)

Oleh Mohd Dasuki Bin Sahak dan Morni Yati Ibrahim

 

Serdang, 27 September - Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah mengadakan “Kursus Pemantapan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT), PSAS” di Bilik Termasa, PSAS dengan dihadiri seramai 50 orang anggota ERT PSAS. Kursus ini diadakan bagi memenuhi syarat pelaksanaan Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) yang memerlukan anggota Pasukan ERT menjalani latihan kecemasan sebelum latihan Fire Drill diadakan. Secara khususnya, kursus ini bertujuan meningkatkan kompetensi anggota Pasukan ERT dalam menghadapi kes kecemasan seperti alat pemadam api, bantuan awal perubatan dan teknik komunikasi kecemasan.

 

 

Anggota ERT PSAS sedang menjalani latihan amali balutan anduh

 

Pada awal kursus, tiga orang pegawai daripada Pusat Kesihatan Universiti (PKU), UPM telah membimbing anggota ERT PSAS mengenai pertolongan cemas dan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR). Latihan ini penting untuk menyelamatkan mangsa yang sedang menghadapi situasi kecemasan sebelum ketibaan bantuan pegawai perubatan.

 

Latihan amali CPR dengan menggunakan model patung

 

 

Peserta kursus diberi pendedahan tentang bahan dan alatan yang terdapat di dalam peti pertolongan cemas serta cara-cara penggunaannya. Selepas itu, peserta mempelajari cara balutan anduh pada anggota badan bagi luka berdarah dan patah anggota badan. Akhir sesi ini, fasilitator mengadakan latihan amali tentang teknik dan cara yang betul bagi membantu individu yang tercekik dan latihan CPR.

Manakala, sesi seterusnya dikendalikan oleh ahli JKKP PSAS yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan mengendalikan latihan kebakaran (Fire Drill). Anggota ERT PSAS diberi pendedahan tentang alat pemadam api (fire extinguisher), peranan ERT dan JKKP serta penggunaan alat komunikasi “Walkie Talkie”. Pada akhir kursus, simulasi latihan Fire Drill telah diadakan bagi menguji keberkesanan komunikasi kecemasan antara anggota Pasukan ERT.

 

Anggota ERT PSAS sedang menjalani Latihan Simulasi Fire Drill

Tarikh Input: 11/10/2022 | Kemaskini: 11/10/2022 | j_mohdshahril

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDdRAQ~