Pengawas Pusat Sumber Sekolah Dato’ Abdul Razak Adakan Lawatan Dan Sesi Perkongsian Ilmu Di UPM | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Pengawas Pusat Sumber Sekolah Dato’ Abdul Razak adakan lawatan dan sesi perkongsian ilmu di UPM

Pengawas Pusat Sumber Sekolah Dato’ Abdul Razak adakan lawatan dan sesi perkongsian ilmu di UPM

Oleh Azwana Ab Rahman dan Mohd Dasuki Sahak

 

SERDANG, JULAI 14 - Seramai 30 orang pelajar Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban yang terdiri daripada Pengawas Pusat Sumber (PPS) dan wakil pelajar setiap tingkatan beserta 4 orang guru telah mengadakan lawatan dan sesi perkongsian ilmu ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Ketibaan delegasi lawatan disambut oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Cik Haslina Abu Seman @ Talib dengan diiringi oleh pegawai-pegawai PSAS. Lawatan ini diadakan sempena program Pengembangan (Jaringan Komuniti) oleh pihak PSAS di bawah kluster "Komuniti Setempat" yang merangkumi aktiviti Kempen Dekad Membaca Kebangsaan. Ianya selaras dengan Aspirasi Naib Canselor, UPM pada tahun 2022 untuk memperkukuh jaringan industri dan masyarakat melalui aktiviti pengembangan ilmu.

 

Dalam ucapan aluannya,  Cik Haslina Abu Seman @ Talib berkata, “pihak PSAS berasa sangat gembira menerima kehadiran tetamu istimewa pada hari ini. Ini kerana lawatan daripada pihak SDAR merupakan lawatan sekolah pertama yang diterima oleh pihak PSAS pada tahun ini. Sebelum pandemik Covid-19, pihak PSAS menerima banyak permohonan lawatan daripada pelajar-pelajar sekolah dari seluruh negara, termasuk lawatan daripada pihak SDAR pada tahun 2019.”

 

Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Cik Haslina Abu Seman @ Talib menyampaikan ucapan aluan dan merasmikan Program Lawatan dan Sesi Perkongsian Ilmu, Pengawas Pusat Sumber (PPS), Sekolah Dato’ Abdul Razak

 

Semasa sesi perkongsian ilmu para pelajar telah diberi tunjuk ajar mengenai pengkatalogan bahan, penggunaan katalog perpustakaan (webopac) dan strategi pencarian maklumat.  Program disusuli dengan lawatan berpandu bagi memperkenalkan pelajar mengenai kemudahan, koleksi dan perkhidmatan yang terdapat di PSAS.  Secara khususnya, program ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan PPS mengenai pengurusan pusat sumber sekolah dan literasi maklumat.

 

Pelajar sedang menghadiri Program Sesi Perkongsian Ilmu di Bilik Malawati, PSAS

 

Lawatan berpandu ke Anjung Ilmu

 

Lawatan berpandu ruang koleksi PSAS

 

Di akhir program, pelajar dibawa melawat ke Muzium Anatomi Manusia untuk memberi pendedahan mengenai maklumat kesihatan dan suasana pembelajaran di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.

 

Pelajar sedang melihat pameran di Muzium Anatomi Manusia di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.

Pelajar yang bertuah berjaya mendapat hadiah kuiz yang diadakan

 

Penyampaian cenderahati oleh pihak SDAR kepada pihak PSAS

 

Delegasi lawatan SDAR bergambar beramai-ramai bersama pegawai -PSAS

 

Video Aktiviti

 

 

Tarikh Input: 21/07/2022 | Kemaskini: 21/07/2022 | j_mohdshahril

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEYOAB~