Pelancaran Perkhidmatan Pencarian Maklumat Setempat Melalui Discovery@Lib | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Pelancaran Perkhidmatan Pencarian Maklumat Setempat Melalui Discovery@Lib

Pelancaran Perkhidmatan Pencarian Maklumat Setempat Melalui Discovery@Lib

Serdang, 31 Januari 2020 -  Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah melancarkan sebuah portal pencarian maklumat setempat yang dibangunkan untuk memudahkan pengguna perpustakaan membuat pencarian maklumat dan koleksi perpustakaan seperti buku, tesis, artikel, kertas persidangan dan lain-lain.

 

Discovery@Lib telah mengindeks empat (4) sistem aplikasi utama di PSAS iaitu Sistem Bersepadu Perpustakaan KOHA, Repositori Institusi UPM IR, UPM eTheses dan UPM MyAGRIC. Sehingga kini sebanyak 451,485 rekod yang terdiri dari pelbagai subjek dan bahasa telah diindeks. Pengguna boleh mengakses Portal ini melalui URL: http://discoverylib.upm.edu.my

 

Antara kelebihan Discovery@Lib ialah memudahkan dan mempercepatkan proses pencarian maklumat. Ini adalah kerana sistem ini membuat pencarian maklumat merentasi empat (4) sistem aplikasi yang telah diindeks dan memaparkan hasil pencarian dalam satu halaman di mana ini membolehkan pengguna membuat pemilihan maklumat yang diperlukan dengan lebih cepat dan mudah.

Tarikh Input: 31/01/2020 | Kemaskini: 31/01/2020 | muizzudin

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXEYKAF~