Pameran Lagu-Lagu Dendangan Seniman Agung Negara: Allahyarham Tan Sri P. Ramlee | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Pameran Lagu-Lagu Dendangan Seniman Agung Negara: Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Pameran Lagu-Lagu Dendangan Seniman Agung Negara: Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Oleh: Salmah Abdullah

 

Serdang, 7 Feb - Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan (BMAP), Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM telah mengusahakan Lagu-Lagu Dendangan Seniman Agung Negara: Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang berlangsung selama satu bulan.

Pameran diadakan bagi menyokong Dekad Bahasa Kebangsaan (2020-2030) yang dilancarkan pada 12 Julai 2018 oleh mantan Menteri Pelajaran, Yang Berbahagia Dr. Maszlee Malik.

Pameran ini juga merupakan salah satu alternatif pihak BMAP dalam mengetengahkan karya-karya kreatif warisan negara.

Ia sekaligus menyokong matlamat 4 (Quality Education) dan matlamat 11 (Mobilize Sustainable Cities and Communities) Sustainable Development Goals (SDG) oleh pihak UNESCO.

Matlamat 11 melalui sasaran 11.4 mempunyai matlamat memperkukuh usaha untuk melindungi dan menjaga warisan budaya dan semula jadi dunia.

Pameran ini memaparkan karya kreatif lagu-lagu yang didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bermula 7 Februari – 7 Mac 2023 di Blok A, PSAS.

Biodata, 15 lirik lagu, lima (5) ulasan lirik lagu serta senarai lagu terpilih dendangan P. Ramlee dipamerkan untuk tatapan pengunjung.

Lirik lagu dalam format Braille turut disediakan dalam pameran ini.

Koleksi buku dalam koleksi PSAS berkaitan P. Ramlee dipamerkan dan boleh dipinjam terus oleh pengguna yang berminat.

Selain itu, artikel / bab dalam buku yang berkaitan P. Ramlee turut dipamerkan.

Beberapa movie terpilih P. Ramlee dimainkan menerusi pemain cakera DVD dan televisyen sepanjang masa perpustakaan dibuka.

Pengunjung pameran boleh mendengar beberapa lagu pilihan dendangan P. Ramlee melalui pemain cakera DVD di radio yang disediakan.

Pengunjung juga boleh menguji ketangkasan minda dalam menyusun atur puzzle gambar P. Ramlee.

Pengunjung bertuah mungkin boleh memenangi hadiah comel yang disediakan apabila berjaya menyusun atur puzzle dalam tempoh yang ditetapkan.

Pameran disediakan oleh pelajar Bacelor Kesusasteraan Melayu daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM iaitu Encik Muhamad Hafizuddin Bin Mohd Noor (202401) sebagai salah satu tugasan latihan industri di BMAP, PSAS.

Ide pameran dan tugasan latihan industri diselia oleh Ketua BMAP iaitu Puan Salmah Abdullah.

Pameran turut dibantu oleh Penyelaras Latihan Industri iaitu Encik Azizan Arshad, Puan Wan Mustaqimah, Encik Muhamad Marwan, Cik Suzaini Mohamad Kasim dan beberapa orang staf BMAP yang lain.

P. Ramlee telah kembali ke rahmatullah pada 29 Mei 1973 dan di jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Tahun 2022 merupakan tahun terakhir untuk waris P. Ramlee mendapatkan royalti harta inteleknya iaitu 50 tahun selepas pencipta meninggal dunia.

Semoga pameran ini dapat mengimbas kembali nostalgia kegemilangan seniman negara kita, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

 

Tarikh Input: 20/02/2023 | Kemaskini: 20/02/2023 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXETKAD~