Pameran Karya Kreatif Universiti Putra Malaysia (UPM) (Kategori Sajak) | PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
» BERITA » Pameran Karya Kreatif Universiti Putra Malaysia (UPM) (Kategori Sajak)

Pameran Karya Kreatif Universiti Putra Malaysia (UPM) (Kategori Sajak)

Oleh: Salmah Abdullah

 

Serdang, 3 Jan - Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan (BMAP), Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM telah mengusahakan Pameran Karya Kreatif Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Kategori Sajak yang berlangsung selama satu bulan.

Pameran diadakan bagi menyokong Dekad Bahasa Kebangsaan (2020-2030) yang dilancarkan pada 12 Julai 2018 oleh mantan Menteri Pelajaran, Yang Berbahagia Dr. Maszlee Malik.

Pameran ini juga merupakan salah satu alternatif pihak BMAP dalam mengetengahkan karya-karya kreatif warga UPM.

Pameran ini memaparkan karya kreatif dalam genre sajak yang dihasilkan oleh kakitangan, mahasiswa dan alumni UPM.

Sebanyak 32 buah sajak dipamerkan bermula 3 hingga 31 Januari 2022 di Blok A, PSAS.

Koleksi buku PSAS berkaitan sajak turut dipamerkan dan boleh dipinjam terus oleh pengguna yang berminat.

Pameran disediakan oleh seorang pelajar Bacelor Kesusasteraan Melayu daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM iaitu Nurraihan binti Abdul Azit (197818) sebagai salah satu tugasan latihan industri di BMAP, PSAS.

Tugasan diselia oleh Ketua BMAP dan Penyelaras Latihan Industri BMAP, serta dibantu oleh beberapa orang staf BMAP.

Sesungguhnya, UPM telah melahirkan penulis-penulis sajak yang hebat dan berilmu sehingga mereka dikenali di peringkat universiti, negara dan antarabangsa.

Semoga pameran ini dapat memberi maklumat karya kreatif UPM (sajak) kepada pengunjung pameran.

Tarikh Input: 12/01/2022 | Kemaskini: 12/01/2022 | khairul_zul

PERKONGSIAN MEDIA

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8642
03-9769 4747
SXDdXA4~